Topic

ACV (1) Addin (265) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (5) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) apple cider (1) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (67) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) cuka epal (1) Derma (6) derma palestine (1) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (50) free (4) free cash (2) free cek (1) Gaji (12) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) Gula Stevia (2) Gula stevia air zam-zam (2) guru (2) guru berkesan (1) guru oh guru (1) Hadith (27) Halal (14) Halloween (1) hari guru (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilearn (1) ilearn ace (1) ilearn sasbadi (1) ilearnace (1) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) IRM (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) jadual gaji 2015 (1) Jaga aurat (1) jam azan (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) laksa sarawak (1) laksa sarawak hj Manan (1) Make money (53) MAS (1) MAS MH17 (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH17 (1) MH370 (1) mindtech education (1) My Qalam (4) myqalam 4 kids (1) onexox (1) online survey (1) pa (1) PAK21 (1) palestine (1) Pasport Khulafak (3) PasportRasul (4) paste laksa (1) paste laksa sarawak (1) pembelajaran online (1) percuma (5) perlindungan takaful (6) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (6) prubsn takaful (1) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Raya (1) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) sajak guru (1) sajak guru oh guru (1) sasbadi (1) sasbadi online (1) SAVE PALASTINE (5) Sedekah (2) Seminar buat RM (2) Sesat (1) siapalah kita (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) simkad (1) simkad onexox (1) simkad RM10 (1) simkad termurah (1) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Stevia (1) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (6) takwim (3) takwim 2014 (1) takwim 2015 (1) takwim 2016 (1) Takwim persekolahan 2015 (1) takwim persekolahan 2016 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) xox (1) zionis (1)

Total Pageviews

Aug 1, 2010

Amalan sunnah dalam bualan Ramadhan

Antara amalan sunnah dalam bualan Ramadhan

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan)

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Solat Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfisupaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (SolatTahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca SurahIkhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunnah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya diakhirat.

Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam AlQadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah AlBaqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Jun 3, 2010

Selamatkanlah mereka!!!!

Ya Allah selamatkanlah Palestine.....Musnahkanlah Rejim Zionis Israel!!!


penderitaan mereka tak tertanggung.....Ya Allah selamatkanlah mereka....

May 20, 2010

Tahukah anda bahawa jumlah mereka yang tidak berjaya dalam perniagaan ini lebih besar dari yang berjaya? Ya, mungkin anda tidak perasan akan perkara ini kerana apa yang anda lihat dan dengar adalah mereka yang berjaya sahaja. Mereka yang tidak berjaya melakukannya untuk kali pertama besar kemungkinannya akan meninggalkan industri perniagaan ini.
Mereka yang gagal mula menyalahkan sistem, menuduh bahawa usahawan yang memperkenalkan mereka dengan perniagaan internet sebagai penipu dan hanya mahu mengaut keuntungan dan pelbagai alasan yang hanya menjatuhkan industri perniagaan internet ini.
Tidak kiralah samada anda memasarkan produk anda sendiri atau memasarkan produk orang lain melalui program afiliate, perniagaan ini merupakan satu perniagaan yang mudah untuk dilakukan dan mampu menghasilkan wang lumayan buat anda namun jika ia tidak dilakukan dengan teknik serta strategi yang betul maka segala usaha anda sia-sia belaka.
Anda mungkin telah menghasilkan satu produk yang hebat. Dalam kajian anda jika anda berjaya pasarkannya, anda mampu memperolehi ribuan ringgit darinya. Jadi anda telah mengupah seorang penulis surat jualan dan seorang pereka grafik bagi mengahsilkan laman web jualan yang mampu menghasilkan jualan. Namun selepas 6 bulan anda lancarkan produk anda tersebut jualannya tidak memberansangkan dan hanya 15 orang sahaja yang membeli produk anda. Dengan harga produk anda tersebut sebanyak RM30.00 ianya tidak mampu menanggung kos perniagaan yang telah anda keluarkan dan yang bakal anda keluarkan.
Begitu juga jika anda telah menyertai program-program affiliate tetapi tiada satu pun yang menghasilkan jualan yang meletup buat anda. Adalah satu dua pembeli yang membeli melalui ‘link’ anda namun setelah anda menghabiskan banyak masa untuk mempromosikannya ianya seperti tidak berbaloi.
1)  Prospek tidak akan membeli jika anda melakukan jualan terus terhadap mereka.
Mari lihat statistik di bawah : 
√ 10% dari prospek anda kemungkinan besar akan terus membeli
√ 5% dari prospek anda akan berada dalam keadaan 50/50 (samada membeli atau tidak) jika anda terus menjual kepada mereka
√ 85% dari prospek anda tidak akan membeli terus.
Prospek yang saya maksudkan di atas adalah mereka yang betul-betul berpotensi menjadi pelanggan anda dan bukan prospek yang dalam peringkat 50/50 untuk ditukarkan menjadi pelanggan namun jika anda hanya mengharapkan 10% dari prospek anda tersebut maka anda boleh lupakan untuk menjana kekayaan melalui internet.
Dari statistik di atas anda akan menjana kekayaan jika anda menumpukan kepada 90% prospek anda tersebut. Dengan lebih menumpukan terhadapnya anda boleh memperolehi keuntungan maksimum atas setiap kempen jualan yang anda lakukan.
Baik… sekarang anda sudah tahu atas segmen mana yang harus anda tumpukan bagi mengaut keuntungan yang maksimum tetapi persoalannya sekarang bagaimana untuk melakukannya ? Sebelum saya jawab soalan ini mari kita lihat dahulu apakah kemungkinan-kemungkinan kenapa 85% prospek anda ini tidak melakukan belian pada kali pertama.
√ Kemungkinan masa anda lakukan promosi merupakan masa yang tidak sesuai dimana prospek anda sibuk menumpukan perkara lain berbanding dengan promosi yang anda lakukan
√ Kemungkinan pada masa anda melakukan kempen, 85% prospek anda tersebut belum memperolehi gaji lagi dan tiada modal untuk membeli produk anda
√ Kebanyakkan dari prospek akan mengambil masa atau bertangguh untuk melakukan belian bagi memastikan apa yang mereka bayar adalah sesuatu yang berbaloi. Jadi mereka akan melihat dahulu sehingga timbul keyakinan mereka untuk membeli.
√ Dan banyak lagi alasan kenapa prospek anda tidak terus melakukan belian
2) Mereka melakukan kesalahan pemasaran dengan menggunakan kaedah satu langkah.
Apa itu pemasaran satu langkah? Ianya adalah dimana anda pasarkan terus menjual kepada prospek. Agak sukar untuk mencipta jualan yang meletup jika anda menggunakan kaedah pemasaran ini.
Anda perlu tahu bahawa secara umumnya manusia membeli melalui proses 3M iaitu Mencari, Memilih dan Membeli. Jadi dengan kata lain anda perlu lakukan iklan, beri informasi tertentu kepada prospek yang bertindak balas dengan iklan tersebut dan melakukan jualan pada akhir proses.
Jualan tidak dilakukan di hadapan tetapi di hujung proses....
Dengan melakukan proses pemasaran 3 peringkat anda bukan sahaja mampu menghasilkan jualan malah mampu menghasilkan jualan maksimum buat anda dan perniagaan anda.
3) Mereka memasarkan produk kepada sasaran pasaran yang salah
Seringkali ada sesetengah pemasar informasi kecewa walaupun mempunyai senarai prospek yang banyak namun hasil jualan tidak seperti yang diharapkan. Salah satu sebabnya adalah mereka memasarkan pada sasaran pasaran  yang salah.
Jadi apa yang perlu dilakukan adalah dengan menapis dan mengasingkan senarai prospek yang telah diperolehi. Dengan cara ini anda akan tahu apa yang bakal anda pasarkan ke atas sasaran yang telah anda tentukan.
Hanya ada satu cara sahaja iaitu dengan melakukan 'tindakan susulan @ ‘follow up email’. Mungkin pada kali pertama anda gagal mencipta jualan namun dengan tindakan susulan secara berkala mampu memberi peluang kepada prospek untuk melakukan belian pada masa dan keadaan yang sedia untuk mereka lakukan.
Dan bagi perniagaan internet hanya ada satu medium yang paling mudah untuk anda lakukan tindakan susulan iaitu dengan menggunakan ‘EMAIL’.
Tindakan susulan melalui email inilah yang kita panggil ‘Pemasaran Email’. Untuk melakukan pemasaran email anda perlukan 2 perkara iaitu :
1. ‘LIST’ atau senarai email prospek (yang telah ditentukan sasarannya)
2. Sistem penghantaran email terhadap ‘LIST’
Pemasaran email merupakan satu seni pemasaran dimana jika anda lakukan dengan teknik serta strategi yang betul ia mampu menjana kekayaan buat anda dan jika tidak tindakan susulan yang anda lakukan tersebut hanya sia-sia sahaja.