Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), telur tiruan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Lebih membimbangkan, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang HARAM dimakan oleh orang Islam.
Berikut ini dikongsikan Cara Untuk Mengenalpasti Telur Tiruan:
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Tips membeli telur agar tidak terbeli telur tiruan.
- Tengok kulit telur betul-betul. Pastikan anda membeli telur yang pada kulitnya masih terlekat ‘tahi’. Jangan beli telur yang kulitnya bersih sebab kulit telur tiruan semuanya bersih dan berkilat. AWAS! Jangan tertipu dengan kulit yang cantik!
- Goncang telur. Kalau ada bunyi berkocak seperti air, jangan beli. Kerana telur tiruan akan berbunyi bila digoncang.
- Cangkerang telur diperbuat daripada kalsium karbonat.
- Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
- Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur.
- Cengkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Telur pun dah ada yang buat palsu. Semua benda makan dah tercemar ngan bahan kimia.
No comments:
Post a Comment