HArgai orang bawahan....
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca
seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi
Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki
seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu
masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga
saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu.
Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi
makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama
dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar
kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.” (al-Bukhari)
Komunikasi
dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang
majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada
kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap ‘egoist’ akan
menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang
bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap
ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang
dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau
ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha
yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai
tahap kecemerlangan. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai
hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia
seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat
pilih kasih.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment