Dengki dan irihati
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam
dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu
dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah)
dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia
mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith)
serta diajarkannya pula kepada orang lain
Huraian Hadith:
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati
melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan
Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih
dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan
hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
No comments:
Post a Comment