Oleh : Prof. Madya Dr. Zakaria Stapa Panel Penulis JAKIM
Sesungguhnya menjadi seorang Muslim tetapi tidak menghayati tuntutan ajaran Islam adalah tidak bermakna dan sia-sia sahaja. Malahan dalam sesetengah keadaan, ia boleh mengaibkan Islam itu sendiri sebagai satu agama yang suci. Di samping itu, sikap sedemikian juga, menggambarkannya tidak mensyukuri nikmat Allah yang telah menjadikannya seorang Muslim. Islam merupakan satu kurniaan yang amat besar maknanya kepada mereka yang memahami dengan tepat hakikat makna hidup dan kehidupan.
Namun demikian, dalam kehidupan harian di serata dunia pada masa ini, adalah amat mudah untuk kita temui mereka yang mengaku dan mengiktiraf dirinya sebagai Muslim tetapi mengabaikan tuntutan ajaran Islam sama ada berbentuk suruhan ataupun larangan. Mereka yang melakukan jenayah agama yang berat seperti berzina, minum arak, merompak, membunuh dan sebagainya adalah rata-rata terdiri dari orang Muslim. Keadaan ini sudah begitu lumrah terjadi sehingga ia tidak perlu lagi dibuktikan dengan apa juga bentuk perangkaan atau statistik tertentu.
Oleh itu, untuk tidak terus terperangkap dalam kancah sikap mengkufuri nikmat Allah dan terus melakukan kerja yang sia-sia yang seterusnya boleh menjatuhkan nama baik agama Islam itu sendiri, maka umat Islam terbabit perlu kembali menghayati secara tepat ajaran Islam dalam segenap sektor kehidupan harian mereka. Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1420 ini, maka umat Islam yang terbabit dalam pengabaian ajaran Islam ini hendaklah berazam dengan sepenuh hati beserta jihad yang berkobar untuk segera kembali menghayati ajaran Islam. Ini adalah bertepatan dengan semangat yang terkandung dalam pengertian 'hijrah' itu sendiri seperti yang terungkap dalam dua potong hadith berikut yang bermaksud,
'…dan orang-orang yang berhijrah itu pula ialah jenis orang yang meninggalkan perlakuan atau perbuatan yang dilarang oleh Allah' Dan sabda Rasulullah s.a.w lagi bermaksud,
'Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia' Berdasarkan hadith-hadith ini, jelas bahawa konsep 'hijrah' selepas pembukaan kota Mekah yang berlaku di awal sejarah tersebut, lebih merujuk kepada kerja yang mempertingkatkan penghayatan suruhan Allah dengan beserta semangat jihad dalam proses pelaksanaannya. Ia adalah satu proses hijrah atau perpindahan yang berlaku dalam diri ummah yang sentiasa cenderung ke arah penghayatan nilai positif dalam kehidupan harian mereka. Semangat 'hijrah' seumpama inilah yang perlu sentiasa dihidupkan dalam diri setiap umat Islam demi untuk mengangkat martabat diri Muslim dan agama Islam yang suci ini. Dalam konteks masa kini di mana rata-rata umat Islam terjebak dalam kemelut pengabaian pelaksanaan ajaran Islam dalam kehidupan sehari-hari maka semangat 'hijrah' sudah pasti dapat menyelesaikan permasalahan berkenaan, asalkan saja ia difahami dan dihayati dengan tepat.
Namun, istilah 'Islam' itu sendiri perlu difahami terlebih dahulu kerana bertolak dari istilah tersebutlah maka kita boleh memahami dengan tepat tentang ungkapan 'ajaran Islam' yang menjadi fokus utama di sini.
Perkataan 'Islam' yang berasal daripada bahasa Arab memberi makna kepatuhan, penyerahan, ketaatan, kedamaian dan keselamatan. Justeru, sebagai satu agama, 'Islam' merujuk kepada sistem hidup yang tunduk, patuh serta terikat dengan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ataupun 'Islam' merujuk kepada gaya hidup yang pelaksanaannya berupa penyerahan dan ketaatan yang sempurna terhadap Allah s.w.t. Keseluruhan makna 'Islam' ini mengisyaratkan bahawa kepatuhan dan ketaatan yang mutlak kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya akan membawa kedamaian, keselamatan serta kesejahteraan dalam kehidupan para pengamal atau penganutnya.
Jadi, agama Islam ialah agama yang mengajarkan penganutnya supaya tunduk dan taat kepada Allah s.w.t menerusi cara dan pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dan dengan mengikuti setepatnya tatacara tersebut maka kita pasti beroleh kedamaian dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, fahamlah kita sekarang bahawa ungkapan 'ajaran Islam' itu mengandungi apa yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan tentunya ia adalah segala apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah. Maka itu, ‘ajaran Islam’ ialah segala apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang terungkap dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
'Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, di mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya. (Dua perkara tersebut ialah) Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnahku.' Walau bagaimanapun, memandangkan sesetengah perkara dari al-Qur’an dan al-Sunnah itu berbentuk agak ringkas dan umum, sedangkan sasaran al-Qur’an dan Sunnah itu adalah makhluk yang berakal dan boleh berfikir, maka 'ajaran Islam' itu secara umumnya terungkap dalam dua tabi’i berikut:
Pertama: Tabi’i Ilahi iaitu ajaran-ajaran yang berupa sistem atau perlakuan yang secara mutlak dikehendaki olah Allah s.w.t. Sistem atau perlakuan ini wajib diikuti oleh makhluk berpandukan cara khusus seperti yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, dalam konteks tabi’i ini, Allah menurunkan wahyu dengan gambaran yang jelas berkenaan sistem yang dikehendaki tersebut. Seterusnya memerintahkan makhluk supaya melaksanakan sistem berkenaan secara sepenuh hati dan dengan penuh keikhlasan demi mendapatkan keredhaan Allah. Termasuk di dalam sistem ini ialah sistem peribadatan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Dalam sistem bertabi’i Ilahi ini juga, fungsi makhluk hanyalah sebagai pelaksana dan tidak lebih daripada itu.
Kedua: Tabi’i makhluk iaitu ajaran-ajaran yang berupa sistem umum yang sesetengahnya tidak ditentukan secara terperinci oleh wahyu Ilahi. Malahan wahyu hanya mengungkapkan dasar-dasar umum sahaja. Dengan kata lain, terdapat ruang-ruang yang terbuka dalam sistem umum tersebut yang memerlukan khidmat dan peranan manusia. Namun begitu, manusia tidak diberi kebebasan penuh sehingga boleh melanggar peraturan umum yang terdapat dalam kerangka besar sistem Ilahi.
Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam tabi’i makhluk ini ialah seperti sistem politik dalam Islam. Wahyu Ilahi dalam konteks sistem politik ini, tidaklah datang dalam bentuk terperinci dari segenap seginya melainkan hanya berupa penunjuk dan ciri-ciri umumnya sahaja. Oleh itu, pemerintah sesebuah negara perlulah mengatur perjalanan dan pengurusan tugas-tugas harian kerajaannya berdasarkan ciri umum yang diberikan oleh wahyu tersebut. Di sinilah manusia perlu menyumbang kesungguhan dan ijtihad akalnya untuk memperincikan lagi arah perjalanan tugas-tugas sistem umum tersebut contohnya seperti sistem politik.
Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan 'ajaran Islam' itu terkandung dalam sumber-sumber berikut: (a) al-Qur’an dan Sunnah, yang mewakili tabi’i Ilahi, dan (b) perincian ilmu keagamaan yang dihasilkan oleh ijtihad dan kesungguhan para ulama’ sepanjang zaman, iaitu yang mewakili tabi’i makhluk.
Jelaslah bahawa penghijrahan yang perlu berlaku dalam diri sebahagian besar umat Islam masa kini ialah berhijrah atau berpindah meninggalkan tabiat atau gaya hidup yang bercanggah dengan kehendak al-Qur’an dan Sunnah yang sebahagiannya merupakan hasil perincian keilmuan yang diijtihadkan oleh para ulama’ Islam zaman berzaman.
Walau bagaimanapun, kerja atau usaha untuk menghayati kehendak al-Qur’an dan Sunnah dalam persekitaran hidup masa kini bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi dengan penuh berani dan bijaksana yang muncul dari segenap penjuru kehidupan bermasyarakat. Justeru, di sinilah peranan jihad dalam menyumbangkan khidmat baktinya bagi menjayakan proses penghijrahan tersebut. Dalam erti kata lain, umat Islam perlu melancarkan satu jihad dalam diri masing-masing untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Dan sememangnya, usaha ini perlu dilaksanakan bukan hanya pada peringkat diri individu Muslim sahaja, malahan masyarakat dan negara serta pelbagai institusi yang ada di dalamnya, mestilah bersama-sama secara menyeluruh menyediakan persekitaran yang menjurus ke arah pelaksanaan ajaran Islam dalam segenap sektor kehidupan. Hanya apabila segala ini terlaksana dengan jayanya dalam masyarakat, barulah umat Islam akan kembali kuat dan cemerlang semula. Seterusnya mereka dapat berfungsi dengan baik sebagai agen penyalur rahmat kepada seluruh alam semesta iaitu tugas asasi risalah Islam sebagaimana terungkap dalam ayat al-Qur’an yang bermaksud,
Namun demikian, dalam kehidupan harian di serata dunia pada masa ini, adalah amat mudah untuk kita temui mereka yang mengaku dan mengiktiraf dirinya sebagai Muslim tetapi mengabaikan tuntutan ajaran Islam sama ada berbentuk suruhan ataupun larangan. Mereka yang melakukan jenayah agama yang berat seperti berzina, minum arak, merompak, membunuh dan sebagainya adalah rata-rata terdiri dari orang Muslim. Keadaan ini sudah begitu lumrah terjadi sehingga ia tidak perlu lagi dibuktikan dengan apa juga bentuk perangkaan atau statistik tertentu.
Oleh itu, untuk tidak terus terperangkap dalam kancah sikap mengkufuri nikmat Allah dan terus melakukan kerja yang sia-sia yang seterusnya boleh menjatuhkan nama baik agama Islam itu sendiri, maka umat Islam terbabit perlu kembali menghayati secara tepat ajaran Islam dalam segenap sektor kehidupan harian mereka. Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1420 ini, maka umat Islam yang terbabit dalam pengabaian ajaran Islam ini hendaklah berazam dengan sepenuh hati beserta jihad yang berkobar untuk segera kembali menghayati ajaran Islam. Ini adalah bertepatan dengan semangat yang terkandung dalam pengertian 'hijrah' itu sendiri seperti yang terungkap dalam dua potong hadith berikut yang bermaksud,
Namun, istilah 'Islam' itu sendiri perlu difahami terlebih dahulu kerana bertolak dari istilah tersebutlah maka kita boleh memahami dengan tepat tentang ungkapan 'ajaran Islam' yang menjadi fokus utama di sini.
Perkataan 'Islam' yang berasal daripada bahasa Arab memberi makna kepatuhan, penyerahan, ketaatan, kedamaian dan keselamatan. Justeru, sebagai satu agama, 'Islam' merujuk kepada sistem hidup yang tunduk, patuh serta terikat dengan segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Ataupun 'Islam' merujuk kepada gaya hidup yang pelaksanaannya berupa penyerahan dan ketaatan yang sempurna terhadap Allah s.w.t. Keseluruhan makna 'Islam' ini mengisyaratkan bahawa kepatuhan dan ketaatan yang mutlak kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya akan membawa kedamaian, keselamatan serta kesejahteraan dalam kehidupan para pengamal atau penganutnya.
Jadi, agama Islam ialah agama yang mengajarkan penganutnya supaya tunduk dan taat kepada Allah s.w.t menerusi cara dan pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dan dengan mengikuti setepatnya tatacara tersebut maka kita pasti beroleh kedamaian dan kesejahteraan dalam menjalani kehidupan. Oleh itu, fahamlah kita sekarang bahawa ungkapan 'ajaran Islam' itu mengandungi apa yang dibawa dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan tentunya ia adalah segala apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah. Maka itu, ‘ajaran Islam’ ialah segala apa yang terkandung dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang terungkap dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Pertama: Tabi’i Ilahi iaitu ajaran-ajaran yang berupa sistem atau perlakuan yang secara mutlak dikehendaki olah Allah s.w.t. Sistem atau perlakuan ini wajib diikuti oleh makhluk berpandukan cara khusus seperti yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh itu, dalam konteks tabi’i ini, Allah menurunkan wahyu dengan gambaran yang jelas berkenaan sistem yang dikehendaki tersebut. Seterusnya memerintahkan makhluk supaya melaksanakan sistem berkenaan secara sepenuh hati dan dengan penuh keikhlasan demi mendapatkan keredhaan Allah. Termasuk di dalam sistem ini ialah sistem peribadatan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Dalam sistem bertabi’i Ilahi ini juga, fungsi makhluk hanyalah sebagai pelaksana dan tidak lebih daripada itu.
Kedua: Tabi’i makhluk iaitu ajaran-ajaran yang berupa sistem umum yang sesetengahnya tidak ditentukan secara terperinci oleh wahyu Ilahi. Malahan wahyu hanya mengungkapkan dasar-dasar umum sahaja. Dengan kata lain, terdapat ruang-ruang yang terbuka dalam sistem umum tersebut yang memerlukan khidmat dan peranan manusia. Namun begitu, manusia tidak diberi kebebasan penuh sehingga boleh melanggar peraturan umum yang terdapat dalam kerangka besar sistem Ilahi.
Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam tabi’i makhluk ini ialah seperti sistem politik dalam Islam. Wahyu Ilahi dalam konteks sistem politik ini, tidaklah datang dalam bentuk terperinci dari segenap seginya melainkan hanya berupa penunjuk dan ciri-ciri umumnya sahaja. Oleh itu, pemerintah sesebuah negara perlulah mengatur perjalanan dan pengurusan tugas-tugas harian kerajaannya berdasarkan ciri umum yang diberikan oleh wahyu tersebut. Di sinilah manusia perlu menyumbang kesungguhan dan ijtihad akalnya untuk memperincikan lagi arah perjalanan tugas-tugas sistem umum tersebut contohnya seperti sistem politik.
Dengan ini dapatlah dirumuskan bahawa keseluruhan 'ajaran Islam' itu terkandung dalam sumber-sumber berikut: (a) al-Qur’an dan Sunnah, yang mewakili tabi’i Ilahi, dan (b) perincian ilmu keagamaan yang dihasilkan oleh ijtihad dan kesungguhan para ulama’ sepanjang zaman, iaitu yang mewakili tabi’i makhluk.
Jelaslah bahawa penghijrahan yang perlu berlaku dalam diri sebahagian besar umat Islam masa kini ialah berhijrah atau berpindah meninggalkan tabiat atau gaya hidup yang bercanggah dengan kehendak al-Qur’an dan Sunnah yang sebahagiannya merupakan hasil perincian keilmuan yang diijtihadkan oleh para ulama’ Islam zaman berzaman.
Walau bagaimanapun, kerja atau usaha untuk menghayati kehendak al-Qur’an dan Sunnah dalam persekitaran hidup masa kini bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi dengan penuh berani dan bijaksana yang muncul dari segenap penjuru kehidupan bermasyarakat. Justeru, di sinilah peranan jihad dalam menyumbangkan khidmat baktinya bagi menjayakan proses penghijrahan tersebut. Dalam erti kata lain, umat Islam perlu melancarkan satu jihad dalam diri masing-masing untuk meninggalkan perkara yang dilarang oleh ajaran Islam. Dan sememangnya, usaha ini perlu dilaksanakan bukan hanya pada peringkat diri individu Muslim sahaja, malahan masyarakat dan negara serta pelbagai institusi yang ada di dalamnya, mestilah bersama-sama secara menyeluruh menyediakan persekitaran yang menjurus ke arah pelaksanaan ajaran Islam dalam segenap sektor kehidupan. Hanya apabila segala ini terlaksana dengan jayanya dalam masyarakat, barulah umat Islam akan kembali kuat dan cemerlang semula. Seterusnya mereka dapat berfungsi dengan baik sebagai agen penyalur rahmat kepada seluruh alam semesta iaitu tugas asasi risalah Islam sebagaimana terungkap dalam ayat al-Qur’an yang bermaksud,
(al-Anbiya’ : 107)
No comments:
Post a Comment