Cara terbaik tarik minat anak belajar
Berikut adalah perkara yang perlu kita lakukan:
1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya seperti buku tulis, buku tambahan, soalan peperiksaan tahun lalu, pen, pensel dan pemadam. Gantikan beg koyak atau baju yang sudah hilang butang. Bagi kita mungkin soalan remeh, tetapi si anak menganggap ia perkara besar. Ada ketikanya menjadi bahan ejekan rakan-rakan sendiri.
2. Semak beg anak-anak kita dari semasa ke semasa. Apabila semak, kita tahu selama ini anak-anak kita siap kerja sekolah atau tidak. Mungkin juga ada surat-surat penting dari sekolah kepada kita. Ada kalanya pula kita menemui sesuatu yang tidak kita sangka seperti pemetik api, rokok atau bahan lucah. Dengan menyemak beg anak, kita pastikan anak-anak tidak hilang fokus terhadap pelajarannya.
3. Sentiasa letak jangkaan bahawa anak boleh berjaya. Ramai ibu bapa memandang rendah kebolehan anak mereka. Ada yang tidak membelikan buku-buku tambahan atas alasan bukan anaknya suka membaca. Ada yang menolak dari memasukkan anak mereka ke program motivasi atas alasan bukan anaknya boleh berubah.Sikap begini amat merugikan kerana anak-anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang sentiasa mencari ruang dan peluang meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Ibu bapa dalam kategori ini tidak pernah mengalah atau berputus asa dalam membimbing anak-anak dan sentiasa percaya bahawa pasti ada cara terbaik bagi membantu mereka. Pendekatan mereka dengan anak-anak sentiasa kreatif dan fleksibel bagi merangsang minat anak belajar.
4. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.
5. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.
Misalnya, ibu bapa mungkin berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak belikan basikal baru.”
Basikal adalah suatu objek yang boleh digambarkan dengan jelas.
Sebaliknya apabila ibu bapa berkata: “Jika adik dapat nombor satu mak akan berikan satu hadiah yang mahal dan sesuatu yang adik sangat mahukan” tidak membawa apa-apa erti kepada anak dan gagal mendorongnya belajar. Sebab anak tidak mampu menggambarkannya.
6. Cari peluang memuji anak. Jadi lebih sensitif dan prihatin terhadap tingkah laku anak. Apabila kita memerhatikan pasti ada banyak peluang bagi kita memuji secara positif. Puji anak ketika dia lakukan sesuatu yang betul atau apabila dia menunjukkan peningkatan dalam pencapaian.
Memuji membolehkan anak tahu apa yang kita suka. Jika selama ini anak tidak pernah mahu belajar kecuali apabila disuruh, tetapi hari ini secara tiba-tiba dia mengulang kaji tanpa perlu diberitahu, maka pujilah dia.
7. Masukkan dia ke program motivasi. Ibu bapa usah terlalu berkira-kira mengeluarkan sedikit pelaburan bagi merangsang anak belajar. Pengalaman saya hampir 20 tahun menjalankan program motivasi mendapati ramai anak-anak memerlukan dorongan pihak ketiga untuk bersemangat belajar.
Ada ketikanya mereka mahu belajar, tetapi tidak tahu cara, di mana mahu bermula, terlalu banyak perlu dibaca, sukar menghafal dan mengingat, kerap hilang fokus atau mengantuk.
Tip bonus, berikan anak-anak makanan yang berkhasiat. Banyak kajian menunjukkan bahawa pemakanan ada kaitannya dengan tingkahlaku manusia.
Kenapa tidak, berikan anak-anak JuzQ30 iaitu produk minda yang menggunakan ramuan terbaik terdiri daripada bahan-bahan pemakanan yang disebut dalam al-Quran seperti delima, madu, habatussauda, kurma, manna, zaitun, zaffaran dan ditambah dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, pegaga, badam, garam bukit, kismis, zaktar dan diadun menggunakan air Zamzam serta diterpikan dengan 30 juz al-Quran. Zaffaran digunakan untuk menulis 6,236 huruf al-Quran.
http://www.tengkuasmadi.com/blog/cara-dorong-anak-belajar
Topic
ACV
(1)
Addin
(265)
agenda kristian
(3)
Agong
(1)
Akhirat
(2)
Akidah
(5)
Al-Quran
(23)
Al-Quran Digital Readpen
(3)
Amanah
(8)
Anak yatim
(2)
apple cider
(1)
april fool
(1)
Aurat
(1)
Bajet
(1)
Bajet 2014
(1)
Berita
(67)
Bonus
(1)
Cerpen
(2)
Cinta
(25)
Coklatminda
(1)
cuka epal
(1)
Derma
(6)
derma palestine
(1)
Doa
(8)
Doa Akhir tahun
(1)
Doa awal tahun
(1)
Ebook jana RM
(13)
Elaun
(1)
Famili
(50)
free
(4)
free cash
(2)
free cek
(1)
Gaji
(12)
Gaji Agong
(1)
gaji baru DG41
(8)
gaji baru guru
(6)
Gaji baru guru 2013
(1)
gaji kakitangan awam 2015 gaji 2015
(1)
Gaji MP
(1)
Gaji PM
(1)
Gaji Sultan
(1)
Gambar menarik
(191)
games
(1)
Gula Stevia
(2)
Gula stevia air zam-zam
(2)
guru
(2)
guru berkesan
(1)
guru oh guru
(1)
Hadith
(27)
Halal
(14)
Halloween
(1)
hari guru
(1)
Hari ibu
(1)
Hijrah
(11)
Hudud
(2)
Hukum
(10)
ilearn
(1)
ilearn ace
(1)
ilearn sasbadi
(1)
ilearnace
(1)
ilmu
(6)
Imam Mahdi
(1)
internet
(1)
IRM
(1)
Islam
(1)
isreal
(1)
Isu
(302)
jadual gaji 2015
(1)
Jaga aurat
(1)
jam azan
(1)
Jenaka
(65)
Jom belajar
(35)
Jom melabur
(10)
Kesihatan
(147)
Kiamat
(2)
komputer
(3)
Kristianisasi
(1)
laksa sarawak
(1)
laksa sarawak hj Manan
(1)
Make money
(53)
MAS
(1)
MAS MH17
(1)
MAS MH370
(1)
Meaning of life
(1)
MH17
(1)
MH370
(1)
mindtech education
(1)
My Qalam
(4)
myqalam 4 kids
(1)
onexox
(1)
online survey
(1)
pa
(1)
PAK21
(1)
palestine
(1)
Pasport Khulafak
(3)
PasportRasul
(4)
paste laksa
(1)
paste laksa sarawak
(1)
pembelajaran online
(1)
percuma
(5)
perlindungan takaful
(6)
Pilihanraya
(2)
Plan Medical card
(1)
Plan Ummah
(1)
PM
(2)
Politik
(4)
promosi
(1)
PRU 12
(1)
PruBSN
(6)
prubsn takaful
(1)
Rasul
(2)
Rasulullah saw
(3)
Raya
(1)
Renungan
(153)
Rezeki
(14)
RM percuma
(2)
rumah rasul
(1)
Saham akhirat
(1)
sajak guru
(1)
sajak guru oh guru
(1)
sasbadi
(1)
sasbadi online
(1)
SAVE PALASTINE
(5)
Sedekah
(2)
Seminar buat RM
(2)
Sesat
(1)
siapalah kita
(1)
sifir gaji SPBA
(7)
Sifir gaji SPBA terkini
(6)
sifir gaji SSM
(3)
simkad
(1)
simkad onexox
(1)
simkad RM10
(1)
simkad termurah
(1)
SPBA
(6)
SPBA 2012
(3)
spba batal
(3)
SSM 2012
(2)
SSM baru
(2)
Stevia
(1)
Sultan
(1)
sunnah
(3)
survey
(1)
survey online
(2)
Syiah
(1)
Taat ibu bapa
(1)
takaful
(6)
takwim
(3)
takwim 2014
(1)
takwim 2015
(1)
takwim 2016
(1)
Takwim persekolahan 2015
(1)
takwim persekolahan 2016
(1)
telur tiruan
(1)
umat
(1)
Ustaz Haslin
(2)
valentine
(2)
web hosting
(4)
xox
(1)
zionis
(1)