Pesawat Malaysia Airlines, yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dalam perjalanan pada ketinggian 10km (6.2 batu) apabila ia ditembak jatuh, seperti dilaporkan Interfax Rusia.
Boeing 777 terhempas selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara, menurut penasihat kepada Kementerian Dalam Negeri Ukraine yang dipetik oleh agensi berita tersebut.
Penasihat itu berkata 280 penumpang dan 15 anak kapal yang berada di atas kapal terbang dipercayai telah meninggal dunia.
Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk telah mengarahkan siasatan segera ke dalam apa yang beliau sifatkan sebagai "malapetaka".
Jurucakap Malaysia Airlines, yang masih terasa bahang kehilangan penerbangan MH370 bulan Mac lalu, mengesahkan ia telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada 12:14 waktu tempatan.
Pesawat hilang dari radar selepas terbang di ruang udara Ukraine, kata jurucakap itu.
Sky Katie Stallard, di Moscow, menurut laporan media mencadangkan pesawat terhempas di rantau Donetsk, di mana pertempuran berlaku baru-baru ini di tengah-tengah ketegangan berterusan antara Rusia dan Ukraine.
Data dari Flightradar24 menyatakan pesawat terhempas di bandar Kremenchuk, kira-kira 300 km (186 batu) dari sempadan Rusia, apabila ia hilang.
Beberapa video telah dirakam di kawasan itu, yang belum dapat disahkan, menunjukkan kepulan tebal asap hitam yang menjulang tinggi ke udara.
Sumber penerbangan agensi berita Reuters melaporkan, bangkai pesawat yang terbakar ditemui di atas tanah.
Pakar penerbangan, Major Charles Hayman, yang melaporkan kepada Sky News berkata, "Kemungkinan besar pesawat ini terbang di sepanjang garisan pertahanan antara Rusia dan Ukraine.
"Mungkin tentera Ukraine menyangkakan ia adalah pesawat musuh dan menembak pesawat tersebut.
"Mungkin ia adalah kekeliruan di pusat pertahanan udara Ukraine.
"Ia kelihatan seperti seseorang gagal menyedari ia adalah pesawat awam."
Jurucakap Boeing berkata mereka menyedari mengenai kehilangan MH17, manakala seorang pegawai Pejabat Luar berkata, "Mereka akan menyiasat untuk mengetahui apa yang telah berlaku" [Sumber]