Pages

Mar 15, 2009

Penemuan

Kesukaran bayi pramatang




BIARPUN melepasi tahap kritikal ketika dilahirkan, kelangsungan hidup bayi pramatang tidak terhenti di situ.

Menurut kajian EPICure, hampir 20 peratus bayi tidak cukup bulan terpaksa ditempatkan di sekolah khas kerana mengalami masalah IQ, kesukaran membaca dan mengira berbanding bayi yang dilahirkan normal.

Ekstra: Menurut Jurnal Perubatan British, migrain meningkatkan risiko strok ketika hamil sekali gus mampu mengancam kandungan.

Penyakit tiga serangkai pemangkin nyanyuk




KAJIAN yang dikeluarkan oleh majalah perubatan Neurology mendapati kejadian nyanyuk mampu dipercepatkan sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, jantung dan obesiti.

Malah, perubahan gaya hidup turut menjadi sebahagian faktor yang mempengaruhi berlakunya penyakit ketidakseimbangan perkembangan kognitif lain serta Alzheimer.

Ekstra: Disfungsi ereksi (ED) di kalangan lelaki di bawah umur 40-an menjadi petunjuk mudah bagi masalah jantung menurut pakar dari Klinik Mayo di Rochester, Minnesota, AS.

Rokok perisa mentol lebih bahaya

SAINTIS dari Universiti Perubatan dan Pergigian New Jersey, Kunal Gandhi memberi amaran bahawa pengambilan rokok berperisa mentol lebih berbahaya.




Malah, tahap ketagihan bagi penggemar perisa ini lebih tinggi hingga membuatkan mereka gagal untuk menghentikan ketagihan terhadap nikotin serta mampu membawa maut dengan lebih pantas berbanding rokok perisa lain.

Ekstra: Menurut kajian dari Sekolah Perubatan Universiti Wake Forest dan Universiti Saint Louis, genetik juga menyumbang kepada faktor mengapa hanya sesetengah perokok mendapat penyakit paru-paru kronik (COPD).


No comments:

Post a Comment