MASALAH keguguran rambut memang merunsingkan apatah lagi jika ia sudah menampakkan bahagian tertentu di kepala.
Begitupun, untuk mencari produk rawatan yang bersesuaian tanpa mengandungi bahan kimia berbahaya bukan mudah kerana tidak banyak jenama yang menyediakan kaedah rawatan menggunakan ramuan semula jadi.
Keguguran rambut sering dikaitkan dengan faktor genetik, tekanan, penggunaan bahan kimia berlebihan (seperti syampu dan pewarna rambut), ketidakseimbangan hormon serta diet yang tidak sihat.
Namun, masih ramai di kalangan masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahawa keguguran rambut juga sebenarnya berpunca daripada kekurangan air di dalam badan.
Menurut Pengasas Rangkaian Pusat Rawatan Rambut Nexhs Herbal, RC Rajalectchumy, masalah itu boleh diatasi menggunakan kaedah terapi air iaitu menggalakkan pesakit minum air masak sebanyak mungkin.
Menurut Rajalecthumy, air adalah elemen penting dalam badan manusia dan kekurangannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit serta mengakibatkan rambut mudah gugur.
"Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa kepanasan dalam badan boleh menyebabkan rambut mudah gugur, kelemumur serta menghasilkan warna air kencing lebih kuning daripada biasa.
"Untuk itu, kita digalak minum air secukupnya iaitu lapan gelas sehari bagi menuetralkan kepanasan berkenaan," katanya.
Katanya, ramai pelanggan yang datang mendapatkan rawatan di Nexhs Herbal mengadu sukar untuk mendapatkan hasil memuaskan meskipun sudah mencuba pelbagai produk yang berada di pasaran.
Selain itu, Rajalecthumy berkata, mereka yang mengalami masalah keguguran rambut boleh mencuba krim rawatan rambut Jaupa Nexhs Herbal yang membantu memperbaiki bahagian luar rambut serta mengawal kelemumur.
"Produk berkenaan diperbuat daripada bahan semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang akan memberi kesan sampingan.
"Krim ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis rambut sama ada kering atau berminyak.
"Ia membantu mengembalikan kekuatan rambut sekali gus menghalangnya daripada mudah gugur," katanya.
No comments:
Post a Comment