Topic

Addin (263) agenda kristian (3) Agong (1) Akhirat (2) Akidah (4) Al-Quran (23) Al-Quran Digital Readpen (3) Amanah (8) Anak yatim (2) april fool (1) Aurat (1) Bajet (1) Bajet 2014 (1) Berita (66) Bonus (1) Cerpen (2) Cinta (25) Coklatminda (1) Derma (4) Doa (8) Doa Akhir tahun (1) Doa awal tahun (1) Ebook jana RM (13) Elaun (1) Famili (49) free (2) free cash (1) free cek (1) Gaji (11) Gaji Agong (1) gaji baru DG41 (8) gaji baru guru (6) Gaji baru guru 2013 (1) Gaji MP (1) Gaji PM (1) Gaji Sultan (1) Gambar menarik (191) games (1) guru (2) guru berkesan (1) Hadith (25) Halal (13) Halloween (1) Hari ibu (1) Hijrah (11) Hudud (2) Hukum (10) ilmu (6) Imam Mahdi (1) internet (1) Islam (1) isreal (1) Isu (302) Jaga aurat (1) Jenaka (65) Jom belajar (35) Jom melabur (10) Kesihatan (147) Kiamat (2) komputer (3) Kristianisasi (1) Make money (55) MAS (1) MAS MH370 (1) Meaning of life (1) MH370 (1) My Qalam (3) online survey (1) pa (1) Pasport Khulafak (2) PasportRasul (3) percuma (4) perlindungan takaful (5) Pilihanraya (2) Plan Medical card (1) Plan Ummah (1) PM (2) Politik (4) promosi (1) PRU 12 (1) PruBSN (5) Rasul (2) Rasulullah saw (3) Renungan (153) Rezeki (14) RM percuma (2) rumah rasul (1) Saham akhirat (1) SAVE PALASTINE (4) Sedekah (1) Seminar buat RM (2) Sesat (1) sifir gaji SPBA (7) Sifir gaji SPBA terkini (6) sifir gaji SSM (3) SPBA (6) SPBA 2012 (3) spba batal (3) SSM 2012 (2) SSM baru (2) Sultan (1) sunnah (3) survey (1) survey online (2) Syiah (1) Taat ibu bapa (1) takaful (5) takwim (2) takwim 2014 (1) telur tiruan (1) umat (1) Ustaz Haslin (2) valentine (2) web hosting (4) zionis (1)

Total Pageviews

Aug 20, 2008

Make Money - Uncover Top 2 Ways to Make Quick Cash Online

Make Money - Uncover Top 2 Ways to Make Quick Cash Online
By Bilal Darr

Making money online is really easy if know how. There is a range of different ways you can make money online however I'm going to go through 2 of the easiest and efficient methods.

To make money online you'll need the following 3 things:
1. A Domain name
2. A Web host
3. Website

Okay once you have a domain name and a web host then you can easily create a website. Without the latter you'll find it pretty hard to make any money at all, although there are alternative methods.

You'll want your website to stand out, to be attractive and to be original without these things it will be hard to find returning visitors.

So what's the best way to include these things into a website? You can build a website from scratch in HTML but that's not really a viable solution. I would recommend using WordPress on your website as the Content Management System. WordPress is unique, has a range of templates, you can get free plug ins to do things such as Search Engine Optimization and it has many more excellent features.

So there you have your own website setup, you just need to fill the site with excellent content as they say "Content is King". Once it is all setup, you want to monetize the website, so you can start making money. Below I will go through two of top ways you can monetize your websites traffic.

Google AdSense

Google AdSense is just great, it allows you to place contextual adverts on your website. When someone clicks on these ads you get paid a small amount by Google. So if your website is getting thousands of visitors a week just by converting 5% of that to clicks you should be making a small fortune.

You can sign up for a free AdSense account from Google. They will checkout your site to see if it lives up to their standards, then they will either accept or decline your website. I haven't heard of anyone being declined so far. If they accept it they will give you a small piece of code which you can customise, add this to your website and then sit back watch the money come in.

Affiliate Marketing

Affiliate marketing is when you promote other peoples products and you get paid commissions. These commissions can be from 20% to 75% of the products value.

A great place to find affiliate program networks is Clickbank. They have over 10,000 products to choose from and a range of categories to suite every type of website. Clickbank will pay you via Check or Paypal twice a month, they are trustworthy and an honest company you can rely on them to deliver.

Go to Clickbank.com to sign up for a free publisher account. Once you have signed up, you can choose a product from their marketplace. They will generate a link for the product you choose, every time someone uses your link and buys a product you'll get paid great commissions.

If you use the above methods which I explained you should be getting a two check by the end of the month, one from Google and one from Clickbank.

Bilal Darr is a Professional Internet Marketer and a part time computer network administrator. I'm giving away a free traffic ebook:

"How to Stop the Top 20 Web 2.0 Traffic Disasters"

Head over to http://makequickcash.co.uk/?p=16 to get your FREE copy now before it's too late.

Aug 17, 2008

Antara logik dan mistik - Histeria SMK Tanjung Lumpur umpama perkara biasa

KEJADIAN histeria pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang, masih segar dalam ingatan.

Fenomena itu melibatkan 35 pelajar perempuan yang menjadi mangsa berulang-ulang sejak kejadian pertama pada 13 Mei lalu dan berlarutan sehingga lebih dua bulan.

Suasana pelajar perempuan menjerit, berguling di atas lantai dan berjalan bongkok seperti wanita tua adalah kejadian biasa di sekolah tersebut setiap kali makhluk halus ‘menyerang’.

Ia mengingatkan kepada filem berdasarkan kisah benar, The Exorcism of Emily Rose arahan Scott Derrickson pada 2005 lakonan Jennifer Carpenter sebagai gadis, Emily Rose.

Dia menjadi mangsa gangguan makhluk halus dan meracau dengan suara keras akibat dirasuk hingga terpaksa diberi pelbagai bantuan moden namun masih gagal diubati.

Peliknya, kejadian di SMK Tanjung Lumpur pula hanya berlaku antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari terutama dalam siri pertama sehingga pada 31 Julai lalu.

Kekerapan bilangan mangsa ialah antara lima hingga 21 pelajar setiap hari. Kebanyakan pelajar yang ditemu bual Kosmo! Ahad mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita tua.

Wanita itu kelihatan seperti berusia lebih 200 tahun dan sedang memanjat belakang rakan mereka sehingga menyebabkan mangsa membongkok dan berjalan seperti seorang nenek yang telah uzur.

Tetapi ada juga yang terpandang satu makhluk berbadan besar, tinggi lampai, berwajah hodoh dan bengis mendekati mereka. Makhluk itu menjerit-jerit serta membisikkan sesuatu di telinga kiri.

Selepas itu mangsa mula diserang histeria dan meracau. Dalam keadaan bawah sedar akibat histeria, mereka mendakwa terlihat ratusan makhluk aneh berwarna gelap.

Bersaiz anak kucing, ia merayap serata tubuh menyebabkan mereka meronta ketakutan. Sepanjang kejadian, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Namun menurut Pengarah Pelajaran Pahang, Abdul Aziz Abdul Latiff, pemeriksaan perubatan mendapati mangsa tiada sebarang masalah kesihatan fizikal mahupun mental.

Ia situasi antara logik dan mistik dalam mencari huraian serta penjelasan terbaik, atau petunjuk terhadap kewujudan entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Hikmahnya supaya masyarakat moden kembali kepada ajaran agama. Tidak dinafikan, perkembangan itu juga mendapat perhatian pengamal perubatan tradisional di seluruh negara.

Sehingga 1 Ogos lalu, seorang pengamal perubatan tradisional, Sahabudin Shamsudin atau Pak Din dengan sukarela cuba menyelesaikan masalah dengan kaedah tersendiri.

HISTERIA dikaitkan dengan makhluk halus.

Keluarga bunian itu yang didakwa menjadi punca histeria menurut Pak Din telah dipindahkan ke satu lokasi rahsia yang terletak kira-kira 20 kilometer dari daerah Kuantan.

Selepas dipindahkan, suasana sekolah kembali aman tetapi ia hanya bertahan selama tiga hari. Pada 4 Ogos pula, kejadian histeria kembali berulang dengan siri baru yang lebih agresif.

Hujah Pak Din, siri kedua itu angkara syaitan yang mengakibatkan histeria tanpa mengira masa, berbeza dengan gangguan siri pertama yang berpunca daripada bunian.

Dalam siri kedua, mangsa menjadi lebih agresif dan membentak sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka dengan suara yang keras selain cenderung untuk melawan.

Penjelasan saintifik mengenai histeria dikatakan berpunca daripada simptom fizikal seperti paralisis yang disebabkan kecelaruan fikiran.

Apa kaitannya pula dengan suara keras dan garau seperti seorang lelaki dewasa oleh pelajar perempuan mangsa histeria dengan ‘teori’ kecelaruan fikiran?

Kejadian bagaimanapun reda selepas Jabatan Pelajaran Pahang memberi cuti sehingga 24 Ogos kepada semua mangsa berehat di rumah sebelum ditukarkan ke sekolah lain dengan harapan ia tidak berulang.

Histeria memang dijelaskan dalam ensiklopedia perubatan sebagai gangguan mental akibat tekanan dengan menyebabkan simptom paralisis dan sebagainya.

DALAM keadaan bawah sedar, mangsa mendakwa melihat ratusan makhluk aneh .

Namun jika dikatakan ada sesetengah kes yang disebabkan gangguan makhluk halus, maka ia harus dipertimbangkan dengan akal sebagai seorang Muslim dan mempercayai kewujudan makhluk selain manusia yang menghuni dimensi ghaib seperti diceritakan dalam al-Quran.

Walau apa pun pertimbangan kita terhadap kejadian histeria di SMK Tanjung Lumpur, ia tidak wajar menjadikan kita lebih takut terhadap sesuatu selain Maha Pencipta Yang Berkuasa.

Mengantuk ‘penangan’ gula

Mengantuk ‘penangan’ gula
GULA merupakan barang keperluan yang wajar dihadkan pengambilannya. – Gambar hiasan


SEGALA perkara tidak baik sering dikaitkan dengan pengambilan gula secara berlebihan. Ia merupakan punca utama diabetes, sakit jantung, kanser pankreas dan masalah obesiti.

Malah seseorang mudah mengantuk dan kurang daya ingatan jika mengambil gula berlebihan.

Pakar pemakanan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Suhaila Mohamed memberitahu tenaga segera yang dirasakan selepas mengambil gula adalah berasaskan fakta ketidakhadaman.

Gula dalam bentuk sukrosa halus tidak dihadam di dalam mulut atau perut. Punca seseorang senang mengantuk ialah kerana gula tidak disalurkan terus ke dalam usus bawah.

Ia seterusnya memasuki aliran darah dan momentum kelajuan tambahan menyebabkan sukrosa dalam larutan gula sebenarnya membawa lebih banyak bahaya daripada kebaikan.

“Semua jenis gula di pasaran cenderung untuk menahan pengeluaran jus gastrik sekali gus menghalang kemampuan semula jadi perut untuk bergerak,” ujar Dr. Suhaila.

Memetik kajian Dr. William Coda Martin dalam bukunya William Dufty’s Sugar Blues, pengambilan gula berlebihan mengganggu fungsi otak kerana kuncinya ialah asid glumatik iaitu sebatian penting didapati dalam banyak sayuran.

Vitamin B memainkan peranan utama dalam membahagikan asid glumatik kepada sebatian tambahan antagonistik yang terus menghasilkan tindak balas terus atau kawal dalam otak.

“Apabila gula halus diambil setiap hari, bakteria akan mati dan stok vitamin menjadi rendah,” katanya sambil menambah, gula berlebihan menjejaskan fungsi semua organ dalam tubuh.

Ini kerana lebihan manisan itu mulanya disimpan di dalam hati melalui bentuk glukosa. Namun memandangkan kemampuan hati terhad, menyebabkan mengembang seperti belon.


Glikogen atau zat glukosa dikembalikan kepada darah dalam bentuk asid lemak sebelum dibawa ke setiap bahagian tubuh dan disimpan di kawasan pasif seperti perut, punggung dan paha.

Apabila organ itu penuh dengan asid lemak, ia kemudian disebarkan ke bahagian aktif seperti jantung dan buah pinggang yang akhirnya tisu merosot lalu menjadi lemak.

Malah sistem peredaran dan limfa serta kualiti darah merah berubah. Sel darah putih berlebihan dan penghasilan tisu mula perlahan.

“Kuasa pertahanan diri dan toleransi tubuh akan terhad, jadi kita tidak boleh bertindak balas dengan sempurna terhadap serangan melampau sama ada sejuk, panas, nyamuk atau mikrob,” ujarnya.

Sudah sakit baru insaf - Air kosong lebih baik untuk kesihatan

SECARA realitinya, rakyat di negara ini menggunakan gula secara berlebihan dalam menu seharian walaupun sebenarnya ia berbahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang.

MASYARAKAT Malaysia gemarkan minuman manis walaupun ia boleh mengundang pelbagai penyakit. – Gambar hiasan

Tetapi adakah orang ramai dikaburi teh tarik atau air berkarbohidrat yang membasahkan tekak yang kering terutamanya pada waktu panas terik mentari?

“Pengguna negara ini apabila mendapat penyakit berbahaya baru hendak sedar. Itupun atas nasihat doktor dan kadang-kadang dilanggar juga pantang larang pemakanan kerana tidak tahan godaan,” ujar Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman.

“Gula sebenarnya mempunyai khasiat membekalkan tenaga namun apabila diambil secara berlebihan mampu mengundang penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi,” ujarnya.

Jelasnya, semua ini didorong oleh tahap kesedaran yang rendah pengguna terutama melibatkan aspek pembelian barang, penggunaan menjangkau tahap kesihatan mereka sendiri.

“Usah cerita pasal gula sahaja. Contohnya apabila harga barangan naik, dua atau tiga minggu sahaja pengguna akan bising kemudian senyap begitu sahaja walhal duit dari poket seluar itu yang semakin hilang,

“Sebenarnya wang itu hasil keringat mereka sendiri. Hak mereka untuk mendapat barang yang selamat, berkhasiat, lazat serta berpatutan tidak seharusnya dinafikan,” katanya tegas.


Katanya lagi, semasa krisis kekurangan gula terdapat cadangan alternatif lain seperti madu, gula melaka, gula kabung malah gula tiruan yang mempunyai bahan sintetik yang mungkin merbahayakan,

“Tetapi pengguna tiada banyak pilihan kerana itu sahaja sumber yang ada?” kata Mohd. Yusof.

Berbicara mengenai alternatif gula, beliau tidak dapat memberi jawapan spesifik kerana makanan itu sumber wajib kepada pengguna negara.

“Mungkin boleh kurangkan. Benda terbiasa contoh minum teh tarik setiap hari sukar untuk ditinggalkan namun jika bertekad semua boleh terlaksana,

“Orang dahulu minum air kosong sudah cukup untuk bekerja seharian biarpun panas terik terutama petani di kebun. Air kosong sebenarnya mempunyai khasiat dan tidak mengandungi pewarna dan perisa berbahaya,” katanya.

Yusof berpendapat, jika sebahagian besar kaum Cina banyak membawa bekal air kosong ke mana-mana terutama di pejabat boleh dicontohi oleh kaum lain.

“Badan sihat, otak cergas menjana produktiviti yang tinggi. Cuma ubah kebiasaan tidak menyihatkan kepada yang lebih baik,” katanya

Aug 15, 2008

Solat benteng perbuatan maksiat

Solat liwa waktu bukan sekadar salah satu daripada rukun Islam.

SOLAT merupakan ibadah agung yang menjadi satu amalan wajib kepada semua Muslim. Ia adalah ibadah unggul yang merupakan asas penting yang terkandung dalam rukun Islam.

Firman Allah: 'Dan dirikan solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu (terutamanya solat) akan menghapuskan dosa. Perintah Allah s.w.t yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.' - surah Hud:114.

Sabda Rasulullah: 'Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sifat seorang mukmin yang cemerlang dikaitkan dengan amalan sifat-sifat yang mulia berhubungan dengan sifat khusyuk dalam melaksanakan solat.

Amalan solat yang sempurna boleh menyuci dan memberi ketenangan jiwa. Dalam satu riwayat hadis daripada Abi Uthman, katanya, ketika dia bersama Salman al-Farisi di bawah sepohon pokok, beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut. Lalu Salman menggerak-gerakkan dahan itu sehingga daun-daun pada dahan itu gugur.

Kemudian dia berkata kepadaku: 'Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?' Saya bertanya, 'Beritahulah kenapa kamu berbuat begitu?'

Beliau menjawab: 'Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah di hadapan saya semasa saya bersama baginda di bawah sepohon pokok. Baginda telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur.

Kemudian Baginda bertanya kepada saya: 'Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini? Sahutku: 'Beritahuku mengapa tuan berbuat begitu?'

Baginda bersabda: 'Sesungguhnya apabila seseorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solat lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini'.

Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran dalam surah Hud ayat 11, Hadis Ahmad dan Tabrani.

Amalan solat merupakan kemuncak kepada kepercayaan terhadap akidah dan yang menjadi matlamat dalam kehidupan. Percaya dan yakin kepada Allah bukan sahaja dengan kata-kata tetapi perlu diikuti dengan perbuatan yang ikhlas.

Kepercayaan yang mantap akan mendidik jiwa raga agar sentiasa mengambil berat terhadap amalan dan perintah solat yang wajib. Dalam solat, banyak ungkapan ikrar dilafazkan. Antaranya seperti yang terkandung dalam iftitah dan tahiyyat.

Contohnya: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah sekalian alam', 'Dan adalahku daripada golongan yang menyerah dan taat kepada Allah'. Ikrar ini akan diulang setiap kali ketika menunaikan solat agar akidah sentiasa mantap.

Amalan solat juga mengandungi bacaan berupa doa. Ini didapati dalam surah al-Fatihah, dalam bacaan ketika sujud dan dalam bacaan Qunut. Contohnya: 'Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan Engkau murka dan bukan jalan orang sesat. Perkenankanlah.'

Dalam solat juga terdapat zikir. Yang bermaksud lafaz lisan yang mengandungi pujian, sanjungan, merendah diri dan doa. Firman Allah s.w.t: 'Dan ingatilah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara yang keras, di waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau termasuk sebahagian daripada orang-orang yang lalai. Solat mendidik hati dan mensucikan jiwa.

Solat yang sempurna dan khusyuk memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Hati dan jiwa yang resah gelisah menjadi tenang, tingkah laku buruk boleh dirawat dan menjadi benteng kepada melakukan perbuatan maksiat dan dosa.

Diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: 'Apabila Rasulullah mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat.' - hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Pintu taubat juga terbuka luas melalui amalan solat.

Seseorang yang menghayati amalan solat akan berasa menyesal dan serba salah apabila meninggalkan solat. Tegas Rasulullah dalam sabdanya: 'Daripada Abu Hurairah r.a, saya mendengar Rasululah bersabda: 'Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu lima kali sehari, pada pendapat kamu, masih adakah lagi kekotoran (pada badanya)?'

Para sahabat menjawab, 'Tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran'. Rasulullah bersabda: 'Maka demikianlah juga solat lima waktu. Melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Merdeka seorang remaja

Merdeka seorang remaja
Negara bakal menyambut kemerdekaan kali ke-51 pada 31 Ogos ini. Soalnya, adakah remaja kita 'mencapai kemerdekaan' dalam erti kata yang sebenar?

MASIH belum terlewat untuk kita memberi penghayatan kemerdekaan kepada mereka. - Gambar hiasan

'TANGGAL 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah.'

Bait-bait lagu bertemakan kemerdekaan, dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad itu begitu mendalam maknanya dan mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Lagu ini merupakan antara medium yang berpaksikan matlamat untuk menghargai, menghayati dan menjiwai semangat kemerdekaan.

Justeru, dalam meniti detik kemerdekaan tanah air buat kali ke-51 pada tahun ini, menjadi suatu kewajipan untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini.

Ungkapan peribahasa 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' menjelaskan bahawa dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan menghayati pengertiannya dalam kalangan anak-anak, khususnya remaja, mereka perlu diberi pendekatan bahawa merdeka bukan sekadar bererti bebas daripada penjajah sehingga boleh melakukan apa sahaja yang melampaui tatasusila, budaya, keagamaan dan perundangan.

PENGHAYATAN erti kemerdekaan sebenar perlu dipupuk sejak kecil.

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, menjelaskan, sama ada kanak-kanak atau golongan muda, mereka perlu diserapkan dengan nilai-nilai patriotisme serta menghayati kemerdekaan negara yang sebenar menerusi didikan.

"Selain mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan, mereka juga perlu didedahkan dengan kefahaman dan tanggungjawab mendaulatkan martabat bangsa, agama dan negara.

"Walaupun kemerdekaan perlu ditafsir dan dipupuk kepada golongan muda seawal usia setahun jagung, masih belum terlewat untuk kita memberi penghayatan kemerdekaan kepada mereka," katanya.

Suzana juga berkata, tidak semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.

"Selama 51 tahun yang lalu, penduduk berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan, malangnya hari demi hari, jiwa dan pemikiran kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih dijajah. Ini termasuklah kebanyakan anak-anak muda yang lahir selepas tarikh bersejarah tersebut.

"Ramai dalam kalangan kita terikut-ikut dengan budaya hidup bekas penjajah. Dan ramai yang tidak sedar bahawa penjajah sentiasa berusaha untuk menakluk jiwa masyarakat kita.

TIDAK semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. - Gambar hiasan

"Buktinya, ramai masyarakat hari ini yang hidup tidak berlandaskan ajaran Islam dan lebih memuja budaya barat, banyak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri, bangsa, agama dan boleh memundurkan negara,"

Selain itu, jelasnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi atau mendekatkan anak-anak remaja yang belum lagi mencapai kemerdekaan sejati. Antaranya seperti berikut:

Kurang didikan agamaIslam menekankan ketinggian ilmu dan kesempurnaan akhlak. Apabila dua aspek utama ini tidak diamalkan dalam kehidupan, memang sukar untuk mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.

Islam tidak mengenepikan tuntutan untuk belajar ilmu, selain ilmu agama. Namun, ilmu agama adalah subjek yang wajib dipelajari dan diamalkan agar kesempurnaan akhlak dapat dikekalkan, barulah generasi itu betul-betul merdeka.

Kelemahan bimbingan dan perhatian ibu bapaPengaruh luar (penjajah) telah berjaya mengalih perhatian ibu bapa daripada tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada mencari kekayaan. Anak-anak yang tidak memperoleh bimbingan dan perhatian penuh daripada ibu bapa, mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat. Malah, anak-anak yang tidak dipantau pergerakan hariannya dan siapa rakan mereka juga, sukar untuk mencapai kemerdekaan diri yang sepenuhnya.

Pengaruh media Media berperanan penting dalam membentuk akhlak, begitu juga sebaliknya. Anak-anak yang 'jauh' daripada ibu bapa akan berusaha untuk mencari 'ubat kesepian' dan ubat paling mudah ialah media, sama ada elektronik atau media cetak. Bila ilmu tiada dan jiwa pula kosong, anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang menghiburkan dan dalam masa yang sama tidak memberikan manfaat kepada kehidupan mereka.

Pengaruh rakanPengaruh rakan sebaya adalah faktor pemangkin paling kuat. Anak-anak akan lebih mudah percayakan rakan-rakan berbanding ibu bapa kerana faktor usia yang kononnya, lebih memahami jiwa mereka. Lantaran itulah, ibu bapa perlu mengenali rakan anak masing- masing.

MENJADI kewajipan untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga terhadap kemerdekaan yang telah dicapai ini.

Dalam bentuk pendekatannya pula kata Suzana, sebagai ibu bapa dan golongan bertanggungjawab, kaedah paling utama dalam memerdekakan anak-anak ialah kesedaran ibu bapa itu sendiri.

"Masih ramai ibu bapa yang terlupa tentang hakikat hidup sebenar di dunia ini. Ada yang tidak tahu tanggungjawab dan kewajipan sebenar sebagai ibu bapa.

"Setiap ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Kegagalan mereka berbuat demikian bukan sahaja menyusahkan mereka di kemudian hari, malah menyusahkan ahli masyarakat lainnya," tegasnya.

Dalam membentuk jati diri dan semangat merdeka anak-anak, pihak berkuasa merupakan pihak kedua yang bertanggungjawab memantau setiap aktiviti hiburan yang diketengahkan.

PENGARUH rakan sebaya boleh menyebabkan anak-anak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral. - Gambar hiasan

"Mereka perlu lebih tegas dalam memantau setiap aktiviti masyarakat termasuklah program hiburan. Tidak salah berhibur, tetapi janganlah mengikut hiburan budaya barat yang rata-ratanya merosakkan akhlak.

"Selain itu, program-program ilmu perlu lebih diperhebat, bukannya berebut mencari idola yang tidak menguntungkan negara dan agama," ujarnya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk menyedarkan setiap penghuninya yang lalai. Kaedah paling berkesan ialah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Ini dapat dilihat apabila ramai masyarakat hari ini yang hanya Islam pada nama, sebaliknya amalan dan cara hidup langsung tidak berlandaskan ajaran Islam.

Aug 11, 2008

Racun kecantikan - Produk kosmetik kaki lima nipiskan kulit muka

TIDAK ramai yang menyedari kesan sampingan akibat penggunaan kosmetik jalanan.

“TIDAK sampai tiga hari guna krim tersebut, muka saya mula mengelupas dan pedih setiap kali terkena air,” ujar Sarah (bukan nama sebenar) sebak.

Lebih memeritkan apabila tompok-tompok merah sebesar tapak tangan bayi jelas kelihatan di wajahnya hinggakan beliau sentiasa tertekan apabila perlu berjumpa dengan orang ramai.

“Lepas dua bulan, suami saya suruh berhenti menggunakan produk itu bila keadaan wajah saya jadi lebih teruk. Namun walaupun telah berhenti, kesannya masih ada,” luah Sarah yang menjadi mangsa produk kecantikan jalanan.

Bagi Nazlim (bukan nama sebenar) yang turut menjadi mangsa produk jalanan ini, situasinya lebih buruk apabila mukanya membengkak selepas seminggu memakai sejenis krim malam.

“Bahagian mulut dan mata bengkak sampaikan saya tidak boleh bercakap kerana terlalu sakit di bahagian mulut,” katanya.

Sarah, Nazlim malah ratusan lagi mangsa yang tertipu dengan produk kecantikan yang dijual dengan berleluasa di kaki lima mahupun secara langsung, kini berada dalam dilema apabila kecantikan yang diinginkan bertukar sebaliknya.

Tinjauan Kosmo! Ahad di beberapa kaki lima sekitar ibu negara terutama Kota Raya, Chow Kit dan Masjid India memberi gambaran betapa penjualan produk kecantikan ini semakin meningkat.

Di sekitar Kota Raya sahaja, kira-kira 30 peniaga produk kecantikan menjual barangan daripada pelbagai negara seperti Thailand, Filipina, Indonesia dan juga buatan tempatan.

Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’.

Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa.

Wanita-wanita warga asing ini cukup licik. Antara cara melindungi produk mereka daripada dirampas ialah dengan memberi barangan itu tanpa kotak kepada pelanggan.

Kotak itu sebaliknya disimpan di dalam sebuah beg khas dan tidak sekali-kali diberikan kepada pembeli.

Penjual dipercayai cuba menyembunyikan sesuatu dan cara ini mungkin strategi mengurangkan kerugian apabila diserbu oleh pihak berkuasa.

Golongan pembeli yang terdiri daripada warga asing dan tempatan tidak terlepas daripada dipengaruhi mengunakan produk ini.

Menyentuh mengenai harga, barangan penjagaan wajah tersebut dijual kadangkala mencecah sehingga RM100. Di sesetengah tempat pula hanya RM5 bagi satu produk.

Seorang peniaga di situ mendakwa, produk yang dibekalkan dari Indonesia itu digunakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan.

“Orang Melayu, Cina, Bangladesh atau Filipina sekali pun ada yang membeli produk ini dan ia bergantung kepada kepandaian peniaga memujuk,” ujar wanita dari Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Charmine.

Charmine yang telah meniaga di Kota Raya selama lima tahun memberitahu, pada mula dia hanya membantu seorang rakannya. Namun apabila melihat sambutan yang menggalakkan, dia terus menjualnya sendiri.

“Pelanggan tidak kira lelaki atau perempuan namun barangan dari Indonesia memang laris,” katanya.

Pembungkusan diragui

FAHAMI label kandungan sebelum membeli. - Gambar hiasan

KANDUNGAN belum tentu selamat dan cara pemprosesan turut diragui menjadikan produk kosmetik jalanan seumpama bom waktu kepada mereka yang gemar menggunakannya.

Demikian tegas pensyarah Jabatan Farmakognosis/Kimia Farmaseutikal di Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Dr. Zhari Ismail. Beliau meminta masyarakat menyedari bahaya menggunakan produk itu.

Sebab itulah amat penting bagi pengguna memilih produk yang didaftarkan.”

Keberkesanan dan keselamatan ubatan atau dadah, ujar beliau, terutama yang dipasarkan secara terbuka di luar farmasi haruslah mengikut piawaian dan selamat digunakan.

SEBAHAGIAN besar produk jalanan dijual bebas oleh peniaga warga asing. - Gambar hiasan

Seandainya dibeli di kaki atau pengedar yang tidak diketahui kesahihannya, pelbagai kesan akan timbul malah kadangkala boleh membawa maut.

Di samping itu, pencemaran bahan dan penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal akan memberi kesan terhadap kesihatan walaupun herba atau ubat tersebut telah digunakan turun-temurun.

“Di jalanan, soal pembungkusan waima asal-usul pengeluar produk tidak dapat dikenal pasti malah harga yang ditawarkan belum tentu berbaloi dengan kesan jangka panjang penggunaan produk tersebut,” jelasnya.

Tambah Zhari lagi, secara am, sekiranya maklumat mengenai bahan serta identiti pengeluar tidak disertakan bersama produk, ia menandakan seolah-olah syarikat tersebut cuba ‘menyembunyikan’ sesuatu.

“Bahan seperti asid, raksa atau logam berbahaya seringkali digunakan dan kita tidak mahu pengguna terus tertipu dengan produk jalanan ini,” tegasnya.

Selain raksa, plumbum di dalam produk jalanan, lemak babi pun ada

KOSMETIK didefinisikan sebagai sebarang inti bahan atau persediaan khusus untuk dihubung dengan bahagian luaran tubuh bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah atau membetulkan keadaan.

Bahagian terbabit termasuk sistem kulit, rambut, kuku, mulut atau organ kemaluan. Bahan berkenaan juga dihasilkan untuk melindungi atau memastikan badan berada dalam keadaan baik.

Namun keghairahan beberapa pihak dalam mengeluarkan serta memasarkan produk kecantikan mungkin mengundang bencana apabila kandungannya tidak mengikut piawaian pihak berkuasa.


Menurut Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Hatijah Hashim, bahan kimia yang terdapat di dalam bahan perawatan wajah yang dijual di jalanan sebenarnya amat menakutkan kita.

“Kajian CAP mendapati kandungan raksa di dalam produk tertentu melebihi dua peratus manakala hidrokuinin yang digunakan sebagai agen pemutih wajah melebihi 0.5 peratus daripada bahagian persejuta,” katanya.

Hidrokuinin ialah sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit.

Lebih membimbangkan, ada di antara produk tersebut menggunakan lemak babi.

Justeru, tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 terhadap peniaga yang didapati menjual kosmetik palsu serta produk berbahaya tersebut secara terbuka.

Tambah Hatijah, pihak berkuasa sentiasa tegas dalam hal ini kerana penjualan kosmetik tiruan atau barangan palsu lain jelas bertentangan dengan akta tersebut.

“Peniaga yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Tambah beliau, pemilik kilang atau syarikat yang didapati bersalah mengeluarkan barang tiruan termasuk kosmetik, boleh didenda sebanyak RM250,000.

PIHAK berkuasa perlu lebih tegas menangani penjualan kosmetik yang diragui tahap keselamatannya. – Gambar hiasan

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran keras kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan penjualan produk kosmetik tiruan .

Malah modus operandi seperti penggunaan pengintip dan kerap bertukar lokasi perniagaan untuk mengelakkan daripada ditangkap pihak berkuasa tidak lagi berkesan.

“Peningkatan peniaga produk kecantikan tiruan ini mungkin berpunca daripada satu sindiket dan pihak berkuasa tidak akan membiarkannya.

“Rampasan serta serbuan adalah buktinya,” ujar sumber di KPDNHEP ketika dihubungi.

Aug 8, 2008

Susui bayi hingga 6 bulan

PERATUSAN kaum ibu menyusukan badan di Malaysia masih rendah berbanding negara lain.

“SAYA lebih selesa menyusukan bayi menggunakan susu formula berbanding susu badan. Setahu saya, menyusukan bayi dengan susu badan boleh menjejaskan bentuk badan si ibu.

Ini antara pandangan di kalangan wanita yang baru menjadi ibu. Ramai berpendapat, susu ibu memberikan impak negatif. Benarkah tanggapan tersebut?

Pada tahun 1988, satu kajian menunjukkan lebih 50 peratus pelbagai bakteria didapati dalam 141 susu formula bayi dari 35 negara. E. sakazakii merupakan salah satu bakteria yang dikenal pasti mampu mengancam kesihatan bayi.

Dalam kajian tersebut, antara 40 hingga 80 peratus bayi yang baru lahir mati akibat dijangkiti bakteria berkenaan. Apakah anda ingin melihat si kecil juga mati dan sakit disebabkan bakteria yang terkandung dalam susu formula, sedangkan, anda mampu melindungi kesihatan bayi dengan memberikan susu badan?

PROSES menyusu badan dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Bagi meningkatkan kesedaran kepentingan susu badan, Biro Maklumat Penyusuan Susu Ibu dengan kerjasama Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), menganjurkan forum bertajuk, Wanita Kerjaya dan Penyusuan Bayi.

Menurut wakil Unicef Malaysia, Youssouf Oomar, menyusukan bayi dengan bukan susu ibu boleh meningkatkan risiko penyakit cirit-birit, inflamasi paru-paru, infeksi telinga, masalah pernafasan dan banyak lagi.

“Masalah ini tidak akan berlaku kepada bayi sekiranya kaum ibu menyusukan anak dengan susu badan. Pada masa yang sama, susu ibu juga dapat menguatkan penglihatan dan memori IQ, selain mengelakkan penyakit asma, diabetes dan kanser.

“Bukan hanya bayi sahaja yang memperoleh kebaikan, tetapi ibu juga memperolehnya. Dengan memberi susu badan, ibu dapat mengurangkan risiko kesakitan payu dara dan kanser ovari,” jelas Youssouf.

Kebaikan menyusu badan
Sementara itu, Prof. Dr. Seri Suniza Suffian memberitahu, tiada susu yang lebih baik daripada susu ibu. Bayi sepatutnya diberi susu badan sebaik sahaja dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.

Ini kerana proses penyusuan badan dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada hidup yang lebih bermakna.

Banyak kelebihan yang boleh didapati daripada menyusu badan. Antaranya, proses ini mengurangkan pendarahan selepas bersalin dan darah haid.

SERI SUNIZA SUFFIAN

“Lebih menarik, ibu dapat mengurangkan berat badan melalui penyusuan badan. Justeru, saya tidak faham mengapa masih wujud tanggapan menyusu badan boleh menjejaskan bentuk badan si ibu.

“Perlu diketahui, setiap wanita mengalami penambahan berat badan sebanyak 12 kilogram ketika hamil. Terdapat juga, sesetengah wanita hamil mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa. Jadi, penyusuan susu badan sangat membantu,” jelasnya pada forum Penyusuan Susu Badan dan Reproduktif di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Atas faktor tersebut, kajian mendapati, wanita lebih cenderung mengambil pemakanan tambahan untuk mengekalkan bentuk badan. Padahal, wanita hamil lebih digalakkan mempraktikkan diet seimbang.

Ini kerana pengambilan makanan tambahan secara berlebihan dan diperbuat daripada ramuan yang tidak sesuai, boleh menjejaskan kesihatan dan air susu ibu.

Selain itu, penyusuan susu badan membantu menstabilkan endometriosis wanita selepas bersalin. Endometriosis merupakan kondisi di mana tisu lapisan yang sepatutnya kekal di uterus, berada di bahagian lain.

Bukan itu sahaja, kita juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis. Sekiranya, selama lapan bulan ibu menyusukan susu badan kepada bayi maka tulang mereka akan menjadi semakin kuat.

TUMBESARAN kanak-kanak lebih baik dan produktif dengan susu ibu.

“Penyusuan susu badan dapat mengelakkan wanita daripada mengalami penyakit kronik seperti kanser payu dara, kanser ovari dan kanser endometrial. Namun begitu, kanser payu dara masih boleh didapati sekiranya ahli keluarga mengalami penyakit yang sama.

Ada pendapat yang mengatakan jika ibu tidak menyusukan anak, maka susu badannya boleh menyebabkan kanser payu dara. Pendapat tersebut disangkal oleh Dr. Seri Suniza. Ini kerana tanggapan itu adalah mitos semata-mata.

Merungkai persoalan mengenai kesan susu ibu akibat proses bertungku, urutan dan bengkung selepas bersalin, Dr. Seri Suniza menjelaskan, proses-proses itu tidak mendatangkan sebarang impak buruk. Sebaliknya, ia melancarkan peredaran darah.

Namun, pengambilan jamu atau makanan tambahan sebarangan tidak digalakkan kerana ia bukan sahaja boleh menjejaskan susu ibu tetapi juga bayi. Misalnya, ruam di bahagian mulut dan pipi bayi berpunca daripada masalah itu.

HIV positif
Bagi kaum wanita dan golongan ibu yang menghidap HIV positif pula, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyarankan mereka menyusukan anak. Pada tahun 1980, kajian menunjukkan HIV boleh dijangkiti menerusi susu badan.

Disebabkan ibu tidak dapat menyusukan anak kerana HIV, mereka dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan pandangan dan langkah yang wajar diambil.


“Saya ingin menasihatkan ibu-ibu supaya tidak merokok ketika hamil dan selepas bersalin. Ini kerana asap rokok boleh menjejaskan susu badan.

“Jadi, fikirkanlah langkah yang terbaik untuk diberikan kepada anak anda. Jangan disebabkan kelalaian dan kesilapan yang kita lakukan, bayi menjadi mangsa,” tambahnya.

Berdasarkan statistik terbaru, hanya dua daripada tujuh bayi di Malaysia diberikan susu badan selama empat bulan dan dua bulan pertama selepas dilahirkan. Sepatutnya, tempoh penyusuan disarankan selama enam bulan. Mengapa perkara ini berlaku?

Debaran pada malam pertama

PENGALAMAN meniti kemanisan malam pertama menjadi memori paling indah kali pertama bergelar suami isteri.
PENGALAMAN meniti kemanisan malam pertama menjadi memori paling indah kali pertama bergelar suami isteri.

Benarkah apa yang dilafazkan? Walaupun tiada kerlipan bintang di langit baru, keasyikan mengecapi malam pertama begitu indah sekali sehingga tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Dalam suasana kelam, pelbagai kisah menarik dapat dikongsi bersama, selain dapat mengenali isi hati pasangan yang selama ini mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Pengalaman meniti kemanisan malam pertama menjadikan peristiwa ini sebagai memori paling indah kali buat pasangan baru suami isteri.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bola mata si dia mula berpaling ke arah susuk tubuh kamu?

Adakah kamu hanya diam membisu atau membiarkan sekujur tubuh keras membeku? Mungkin sudah tiba masanya kamu menyerah kalah, sebagai tuntutan malam pertama perkahwinan.

Intim minggu ini berkongsi panduan mengenai beberapa persediaan yang perlu kamu lakukan, sekiranya pasangan memberi isyarat sudah bersedia untuk melayari bahtera yang diidamkan oleh setiap pasangan suami dan isteri.

n Menata rias wajah

Dari mata turun ke hati. Memiliki personaliti yang anggun dengan palitan mekap berwarna semula jadi seperti warna tanah pada wajah sememangnya menjadi modal untuk kamu menarik perhatian insan bernama suami, sebelum dia mengheret kamu ke kamar beradu.

PEMAKAIAN sepatu tinggi memperlihatkan kaki seseorang lebih ramping dan runcing.

Keintiman yang dijalin akan memaksa pasangan melihat setiap susuk tubuh kamu menerusi penampilan berani yang cuba diketengahkan. Awas, menata rias wajah dengan solekan yang tebal tidak akan membuatkan suami berasa lebih tergoda. Sebaliknya, situasi itu akan mendorong suami berfikir tentang keburukan wajah asli sang isteri yang sebenar. Bagi mereka, ke mana sahaja isteri berada, soal kecantikan dan dandanan sememangnya perlu dititikberatkan.

n Godaan langkah kaki

Memang benar apa yang dikatakan, pemakaian sepatu tinggi dapat menghuraikan setiap personaliti peribadi seseorang wanita. Selain itu, ia memperlihatkan kaki seseorang lebih ramping dan runcing, bak selebriti tersohor dunia.

Namun, saat mengenakannya pada malam persandingan, jangan pula sampai kamu dilihat seperti seorang pesakit yang sedang kemurungan gara-gara pemilihan kasut yang tidak bersesuaian.

Si dia mungkin berasa tidak selesa saat memerhatikan reaksi diri kamu pada malam bersejarah ini yang mungkin berjalan terjingkit-jingkit.

Dia juga mungkin akan memikirkan bahawa kamu lebih rela terseksa demi memakai kasut yang kurang selesa, asalkan kelihatan cantik.

Kesakitan pada kaki akibat memakai kasut yang salah boleh menjejaskan keintiman malam pertama.

Namun apa yang lebih penting ialah pastikan permukaan tapak kaki disapu dengan losen atau penyegar mandian sebelum memulakan bicara malam pertama.

n Semburan aroma

Pewangi adalah antara semburan yang tepat bagi menunjukkan kualiti penampilan seseorang wanita. Sekiranya kamu mendapati wangian semula jadi yang melekat pada badan kamu kurang menyegat pada malam pertama, cuba sembur pewangi beraroma sensual di titik ghairah seperti di leher.

Tidak disarankan memakai wangian yang menusuk hidung sehingga membuatkan si dia berasa tidak nyaman untuk berdampingan dengan kamu pada hari yang paling ditunggu-tunggunya selama ini.

n Kemasan kuku

Penampilan diri turut meliputi penjagaan wajah, kuku dan cara kemasan pakaian.

Pada mata lelaki, penjagaan kuku yang bersih mampu menilai peribadi seseorang wanita. Bukan itu sahaja, menerusi usapan, picitan dan garuan manja pada badannya, ia mampu membangkitkan keghairahan yang tiada batasannya.

PENJAGAAN kuku yang bersih mampu menilai peribadi seseorang wanita.

Sebahagian daripada mereka juga menganggap kuku melambangkan kebersihan diri seseorang.

n Renungan mata

Jika ingin membuatkan dirinya terpesona pada malam pertama, renunglah matanya sedalam-dalamnya. Siapa sangka, tatapan manja kamu terhadapnya itu akan terpatri di dalam ingatannya sepanjang hayat. Menerusi jelingan mata juga, akan membuatkan si dia lebih tidak sabar melayari impian pertama.

Ini mata yang tidak fokus, akan membuatkan si dia berasa kamu tidak tertarik untuk berdampingan dengannya. - NOOR HASLIZA NUSI.

Aug 7, 2008

MUTIARA KATA

* Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
* Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan & yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki
yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak
mengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak
menjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya
daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam.
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat.
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan.
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya.
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya.
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda.
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup.
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya.
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan.
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu.
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
& kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran
yang datang.
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati.
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Buah hati pengarang jantung.........



Semoga anak2ku membesar menjadi insan cemerlang dunia &akhirat...amin.

Aug 5, 2008

Didik anak minat membaca

KANAK-KANAK sekarang semakin cerdik dan ramai boleh membaca seawal usia empat atau lima tahun. Jika kanak-kanak berusia tujuh tahun masih merangkak-rangkak membaca, situasi itu pasti membimbangkan ibu bapa. Ini kerana pada tahun satu, mereka bukan lagi diajar membaca seperti 10 atau 20 tahun lalu, sebaliknya perlu menjawab pelbagai soalan yang lebih sukar.

Untuk mereka yang ada anak kecil, masih belum terlambat untuk merangsang minat membaca si anak. Pakar berpendapat, pada usia tiga tahun pertama anak, otak berkembang dengan pesat dan mereka mudah menerima apa jua rangsangan.


Mengajar anak mengenal huruf boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Selitkan pembelajaran ketika anak bermain. Cepat membaca dapat memperkayakan perbendaharaan kata anak, meningkatkan tahap kecerdasan serta menguatkan mindanya. Anak mampu berfikir dengan baik kerana mindanya dijana melalui pembacaan.

Berikut adalah tip bagi merangsang minat anak membaca dan mendidiknya mencintai ilmu.



TIP

# Ketika mengandung, ibu digalak banyak membaca al-Quran dan berzikir serta diperdengarkan kepada janin.

# Gunakan kad bergambar atau kad imbasan, tunjukkan kepada anak gambar pada kad itu serta mengeja perkataan yang tertera. Buat formula berkaitan persekitaran bagi membolehkan anak mengingat sesuatu perkara dengan mudah.

# Ketika keluar rumah atau dalam kenderaan, pembelajaran secara tidak langsung boleh dilakukan. Latih anak membaca dengan bertanya kepadanya apa yang tertulis di papan tanda perniagaan atau jalan. Anda juga boleh meminta anak mengeja menu makanan ketika dalam restoran.

# Ajak anak ke kedai buku, perpustakaan dan pesta buku. Cara ini dapat membiasakan anak dengan buku dan mencintai ilmu.

# Ketika membaca akhbar, buku atau majalah, babitkan anak lakukan aktiviti itu bersama. Ceritakan kepada anak kisah yang berlaku, khususnya membabitkan kanak-kanak. Suruh anak mengeja tajuk akhbar.

# Sediakan bajet setiap bulan untuk membeli bahan bacaan dan pelbagaikan jenis bahan bacaan untuk anak. Elak membeli bahan bacaan ilmiah saja, sebaliknya boleh dipelbagaikan dengan bacaan ringan seperti komik.

# Bacakan buku cerita bila waktu terluang atau ketika anak hendak tidur. Teknik penceritaan hendaklah dalam gaya menarik dan menyeronokkan.

# Ceritakan kisah hikayat, nasihat atau dongeng kanak-kanak kepada anak. Cara ini dapat menarik minat membaca kerana anak ingin tahu cerita yang terkandung dalam buku cerita yang dilihat.

# Sediakan buku cerita yang ada ilustrasi menarik bagi menarik minat anak.

# Jika mahu anak mempunyai sikap suka membaca, ibu bapa perlu tunjukkan contoh sama. Setiap hari, biasakan membaca akhbar dan pada waktu terluang, baca majalah dan buku.

# Biasakan membeli buku menggantikan mainan untuk anak. Jika sebelum ini anda memujuk anak merajuk dengan memberinya mainan, cuba pula beri buku bergambar.

# Puji anak apabila dia mula berminat membaca dan beri sokongan kepadanya. Jangan memarahi anak jika dia sukar mengingati suku kata atau terlupa sesuatu, sebaliknya kaitkan dengan perkara yang mudah diingati anak.

# Tunjukkan contoh orang berjaya dan kesan positif hasil daripada sikap suka membaca.

# Jika keluar membeli-belah, biasakan singgah ke kedai buku. Sambil membeli bahan bacaan untuk diri sendiri, ibu bapa boleh memberi anak peluang memilih buku yang digemarinya.

BerHATI-HATI....malang tidak berbau

Bayi mati tersedak susu

KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang masih dalam pantang hanya mampu meraung kesedihan apabila bayi perempuan yang baru dilahirkan dua hari lalu ditemui tidak lagi bernyawa selepas dipercayai mati akibat tersedak susu diminum.

Kejadian sedih berkenaan dikatakan berpunca daripada kesilapan ibu terbabit yang tidak menepuk belakang tubuh bayi berkenaan selepas memberikan bayi itu minuman susu sebelum tidur.

Malah, ibu malang itu hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana cetek pengalaman menjaga bayi menyebabkan anaknya itu mati dalam tidur.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang dikenali sebagai Vijaya Letchumy, 31, baru melahirkan bayi terbabit dua hari lalu di sebuah hospital di ibu kota.


Difahamkan wanita berkenaan yang sebelum ini mempunyai anak lelaki berusia lima tahun dan anak perempuan berusia empat tahun tidak mempunyai pengalaman menguruskan bayi berikutan dua anaknya sebelum ini dipelihara oleh ibunya.

“Namun dia mengambil keputusan untuk menjaga anak ketiganya itu. Berdasarkan maklumat, mangsa mendakwa memberi anaknya itu meminum susu badan sekitar jam 12.30 tengah malam semalam di rumahnya di Jalan Chan Sow Lin, Cheras.

“Sebaik selesai memberikan anaknya itu minum susu, wanita terbabit terus menidurkan bayi berkenaan di atas katil,” katanya.

Menurutnya, tindakan wanita terbabit yang tidak menepuk belakang tubuh bayi berkenaan dipercayai menyebabkan bayi terbabit tersedak susu diminum sebelum mati tercekik.

“Mangsa hanya menyedari bayi berkenaan tidak lagi bernafas apabila bangun dari tidur sekitar jam 5 pagi.

“Dia yang ketika itu ingin memberi bayinya susu sekali lagi terkejut apabila mendapati bayi terbabit tidak lagi bernafas,” katanya.

Mangsa kemudian segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun disahkan sudah tidak lagi bernyawa oleh doktor yang memeriksanya

“Laporan perubatan mendapati punca kematian terbabit akibat paru-paru bayi terbabit dimasuki air,” katanya.

Difahamkan bayi berkenaan yang baru dilahirkan itu masih belum diberikan nama selain didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) oleh kedua-dua ibu bapanya.

Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras tidak mengesyaki unsur jenayah dalam kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, wanita terbabit yang ditemui di Bilik Mayat HKL hanya mampu menyatakan rasa bersalah dan kesal atas kematian bayi perempuannya itu yang didakwa berpunca dari kesilapannya sendiri.

“Saya yang salah...ini semua salah saya,” katanya sambil menangis kesedihan ketika menuntut mayat bayinya di HKL pagi semalam.

Dia kemudian dilihat meninggalkan perkarangan bilik mayat HKL sambil mendukung mayat anaknya itu sekitar jam 11 pagi semalam.

Kes kematian bayi akibat tersedak susu bukan kali pertama dilaporkan berikutan kes sama pernah dilaporkan terjadi pada 15 Ogos lalu apabila seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika tidur di sisi ibunya di Jalan Bayam, Kota Bahru, Kelantan.

Anak-anak kita kian membimbangkan....

KUALA LUMPUR: Apa sudah jadi dengan segelintir pelajar sekolah menengah apabila wang saku diberikan ibu bapa sebaliknya dibazirkan mereka untuk membeli pil ubat batuk Nospan atau turut dikenali dengan jolokan ‘pil mimpi’ atau ‘pil palang empat’ kononnya untuk menyeru bidadari atau alam syurga dalam khayalan.

Pil terbabit yang boleh dibeli dengan harga semurah 50 sen sebiji dikatakan berupaya menyebabkan pelajar yang memakannya khayal dalam imaginasi selain didatangi bisikan suara halus menyeronokkan sehingga lapan jam tanpa henti.

Sindrom baru ini semakin membimbangkan apabila kebanyakan pelajar yang ketagih pil terbabit perlu menelannya sekurang-kurangnya 10 biji sehari bagi mendapatkan kesan khayal diperlukan sebelum ia meningkat kepada 30 biji pil selepas beberapa bulan kemudian.

Kebimbangan berhubung penyalahgunaan pil terbabit yang sepatutnya digunakan untuk merawat penyakit batuk semakin menakutkan apabila pil berkenaan mudah dibeli di kedai ubat berlesen selain turut dijual sindiket tertentu.


Ketagihan pil terbabit yang turut dikenali dengan nama saintifik Dextromethorphan dianggap berbahaya apabila ia bukan sahaja menyebabkan kerosakan saraf otak kekal, malah boleh menyebabkan mangsa mengalami sakit mental dan kurang siuman.

Malah, di Barat, pil terbabit cenderung menyebabkan remaja belasan tahun bertindak nekad membunuh diri selepas dihantui halusinasi melampau daripada pil berkenaan.

Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan berhubung kes penagihan pil Nospan mendapati ramai pelajar terutama di sekitar Lembah Klang, terdedah dengan penyalahgunaan pil berkenaan berikutan ia mudah dibeli tanpa kawalan.

Malah, beberapa pelajar sekolah menengah yang ditemui mengakui pernah mencuba atau setidak-tidaknya mendengar nama pil terbabit yang terkenal di kalangan pelajar sekolah berikutan harganya murah dan mudah didapati di beberapa kedai ubat.

Seorang pelajar sekolah menengah di Sentul yang hanya mahu dikenali sebagai Fahmi, 16, memberitahu dia pernah mencuba pil terbabit yang dipanggil dengan jolokan ‘pil putih’.

Menurutnya, pada peringkat awal, dia hanya mencuba memakan tiga pil bersama minuman bergas untuk tujuan suka-suka selepas dipujuk rakan yang memberitahu kesan ajaib bakal dirasa.

“Saya berkurung dalam bilik tidur dan menelan pil terbabit, tidak sampai 30 minit, kepala saya mula khayal dan pandangan mata saya jadi berwarna-warni. Ketika itu apa sahaja yang terlintas di fikiran akan muncul dalam pandangan mata.

“Kalau saya bayangkan rakan perempuan sekelas saya yang cantik, maka dia akan muncul dalam khayalan. Nampak macam betul-betul wujud,” katanya yang mengaku masih ketagih pil itu sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, ada antara rakannya ketagih hingga sanggup menelan sehingga 20 biji pil Nospan sehari selepas jumlah kecil pil itu kurang memberi kesan khayal diharapkan.

Seorang lagi remaja yang kemaruk dengan pil Nospan terbabit mendakwa pil itu turut menjadi pilihan popular pelajar yang mengalami putus cinta atau masalah peribadi yang sukar dibendung.

Dia yang dikenali sebagai Boy, 17, mendakwa menghabiskan sekitar RM2 sehari untuk membeli pil terbabit diperoleh daripada wang saku diberi ibu bapa setiap hari.

“Tapi saya tak makan setiap hari, cuma bila nak rasa seronok atau nak ‘jumpa’ artis kegemaran, barulah saya makan pil ini,” katanya yang tinggal di Kampung Baru, di sini.

Menurutnya, pil terbabit sebelum ini boleh dibeli pada harga sekitar 30 sen namun harga pil Nospan itu semakin mahal apabila menjangkau 60 sen sebiji kini.

Susulan maklumat dan nombor telefon pembekal diperoleh wartawan Harian Metro bertindak mendapatkan alamat sebelum meninjau lokasi kedai ubat berkenaan yang didakwa menjual pil Nospan secara borong kepada ‘orang tengah’ dan pelajar sekolah yang menjadi pembeli tetap.

Difahamkan kedai terbabit yang mula beroperasi pada jam 10 pagi mula dikunjungi pelajar sekolah terutama ketika pulang dari sekolah sekitar jam 1.30 tengah hari.

“Ada antara kami yang mula mengetahui pil ini selepas berkenalan dengan beberapa pelajar dari Sarawak melalui laman web yang lebih arif mengenai pil berkenaan. Apa yang saya tahu ramai kenalan saya di Friendster tahu keistimewaan pil ini,” katanya.

Ditanya sama ada dia mengetahui pil terbabit boleh menyebabkannya menjadi gila dan sesak nafas sehingga menyebabkan kematian, pelajar tingkatan lima itu mendakwa hanya merasa kesan sakit perut dan muntah akibat memakan pil itu.

“Seorang rakan sekelas saya terpaksa mengambil sehingga 20 biji pil terbabit dalam sehari kerana ketagihan menyebabkan dia sering hilang pertimbangan dan mudah hilang ingatan.

“Dia mendakwa memakan pil terbabit setiap hari sejak beberapa bulan lalu untuk mendapat keseronokan dan mengimpikan gadis cantik dalam khayalan.

“Bagaimanapun rakan saya itu kini terpaksa dirujuk kepada doktor pakar selepas mengadu sering diganggu suara halus tanpa mengira masa,” katanya.

Berdasarkan siasatan lanjut, pelajar terbabit mendakwa mendapat bekalan pil berkenaan daripada rakan-rakan di Seremban yang membeli pil itu dari sebuah kedai ubat di bandar berdekatan.

Susulan maklumat dan nombor telefon pembekal diperolehi, wartawan Harian Metro bertindak mendapatkan alamat sebelum meninjau lokasi kedai ubat berkenaan yang didakwa menjual pil Nospan secara borong kepada ‘orang tengah’ dan pelajar sekolah yang menjadi pembeli tetap.

Difahamkan kedai terbabit yang mula beroperasi pada jam 10 pagi mula dikunjungi pelajar sekolah terutama ketika pulang dari sekolah sekitar jam 1.30 tengah hari.

Macam-macam............

Rotan masih relevan

TINDAKAN sekumpulan 15 pelajar membelasah seorang rakan seasrama di Melaka pertengahan bulan lalu sehingga menyebabkan pelajar itu kini terpaksa menjalani terapi akibat kecederaan pada pinggul dan tulang belakang menjelaskan betapa masalah disiplin atau salah laku pelajar tidak pernah kendur.

Puncanya, pelajar yang dibelasah itu tidak disukai kumpulan berkenaan.

Malah semakin banyak diperkatakan mengenai disiplin pelajar, semakin banyak kes baru membabitkan salah laku disiplin timbul. Ada yang bergaduh sesama sendiri, ponteng, mengugut guru, merokok dan pelbagai salah laku lain berlaku hampir setiap hari hingga memeningkan pelbagai pihak terutama pengetua, guru disiplin dan ibu bapa.

Tambahan pula dengan peraturan baru, bukan semua guru dibenarkan merotan pelajar. Hanya pengetua, penolong kanan dan guru disiplin dibenarkan merotan manakala guru lain tidak diberi kuasa itu.


Mungkin jika merotan tidak dibataskan, sebahagian masalah hari ini dapat diselesaikan terutama membabitkan kesalahan menghisap rokok.

Walaupun kesan dirotan menyakitkan dan memalukan, ia lebih berkesan kerana kesakitan yang dirasai akan tertanam dalam jiwa pelajar yang melakukan kesalahan untuk tidak mengulangi kesalahan sama pada masa depan. Ibarat pepatah Melayu ‘melentur buluh biar daripada rebungnya’.

Pada masa sama, pelajar lain tentu tidak berani meniru atau melakukan kesalahan disiplin kerana mereka tahu hukuman yang dikenakan berat dan memalukan.

Tetapi, Kementerian Pelajaran melihat kaedah itu tidak lagi sesuai kerana ia akan menyebabkan pelajar yang dirotan berasa rendah diri, menyendiri atau bertindak lebih agresif.

Apa yang paling menakutkan ialah tindak balas ibu bapa yang menyaman guru dan sekolah jika menganggap tindakan merotan anak mereka didapati menyalahi peraturan sekolah.

Ini menyebabkan guru lebih banyak berdiam diri atau tidak mahu masuk campur jika ada kes perlanggaran disiplin di kalangan murid atau pelajar kerana ia akan menyusahkan diri sendiri.

Sepatutnya, kementerian membuat kajian terperinci dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak terutama pakar pendidikan remaja, psikologi, pengetua dan guru disiplin serta menemubual pelajar bermasalah bagi mencari jalan menangani masalah disiplin remaja.

Jika didapati kaedah kaunseling paling berkesan dan semua sekolah sudah mempunyai guru kaunseling, tetapi jika masalah disiplin pelajar masih di takuk lama, ini menunjukkan kaedah kaunseling juga sedikit sebanyak dianggap gagal. Mungkin ada yang berjaya tetapi kadar kejayaan tidak seimbang dengan yang gagal diberi kaunseling.

Biasanya apabila berbicara mengenai disiplin pelajar, kita akan membezakan pelajar pada era 1960-an, 1970-an dengan pelajar zaman sekarang.

Pada zaman itu, guru dihormati dan rotan senjata utama mendisiplinkan pelajar, tetapi kini semua itu dianggap tidak relevan lagi.

Kebanyakan ibu bapa berpangkat dan bergaji besar serta berasal dari kampung bagaikan sudah lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin.

Sebaliknya, mereka datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang merotan anaknya. Ini sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita. Terlalu banyak campur tangan, akhirnya guru tiada kebebasan bertindak menyebabkan masalah disiplin bagaikan tiada noktah.

Lebih malang, dalam satu kes di Johor Bahru pada 18 Julai lalu, seorang pelajar tingkatan empat sanggup datang semula ke sekolah dengan membawa tukul besi bagi membalas dendam ke atas seorang pelajar lain yang dikatakan mengutuk rakannya.

Bagaimanapuan, kejadian itu sempat dihalang seorang guru wanita berusia 48 tahun tetapi malangnya guru itu cedera di kening. Nasib baik libasan pelajar itu mengenai kening guru itu, bayangkan jika terkena tepat di kepala, sudah pasti boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Begitu juga dengan satu kes lain, seorang bapa menampar guru disiplin di Kuala Lumpur baru-baru ini hanya kerana guru itu mempertahankan tindakan seorang guru wanita menghukum seorang murid kerana kesalahan disiplin.

Di mana letaknya kesabaran bapa berkenaan sehingga sanggup membalas budi guru yang hendak mendisiplinkan anaknya dengan penampar? Kejadian itu pasti akan menimbulkan kesan kepada kedua-dua pihak, sekalipun sudah bermaaf-maafan, kejadian itu pasti meninggalkan parut.

Sepatutnya, ibu bapa bertindak rasional apabila dipanggil ke sekolah berhubung tingkah laku anak mereka. Jangan cepat melatah jika dimaklumkan anak mereka melakukan kesalahan disiplin, sebaliknya berterima kasih kerana pihak sekolah mengambil berat perihal kelakuan anak.

Kementerian sudah mewujudkan jawatankuasa disiplin pada peringkat induk bagi mengatasi masalah disiplin pelajar dengan mencadangkan pelajar bermasalah diberi lebih banyak pendedahan dalam kokurikulum di sekolah.

Dengan cara ini, mereka akan lebih ‘sibuk’ menyertai kegiatan pasukan beruniform atau bersukan.

Kita hanya perlu menunggu dan melihat hasilnya sama ada perlu diubah lagi pendekatan itu atau membaiki sistem sedia ada.

Pokoknya, masalah disiplin bermula dari rumah. Jika ibu bapa sentiasa bersikap mengambil berat, anak mereka akan menjadi orang yang boleh diharapkan pada masa depan.

Ibu bapa hendaklah menghentikan tuduhan, sebaliknya memastikan anak mereka tidak terbabit dalam salah laku disiplin.

Kita yakin, jika ibu bapa mampu mendisiplinkan anak di rumah, pasti mereka akan berdisiplin di sekolah atau di luar rumah. Jika anak tidak berdisiplin, jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik mereka.

Bagi sekolah pula, hak merotan perlu diberikan kepada semua guru bagi memastikan disiplin sekolah kembali terpelihara. Kaedah merotan perlu dipatuhi guru bagi mengelak kecederaan murid atau pelajar.

Aug 3, 2008

Terpedaya sifat jahil

SEBUAH kereta mewah lalu di depan anda, apakah yang anda fikir? Hati kecil anda setidak-tidaknya akan berkata sesuatu, 'cantiknya kereta' atau 'kayanya dia.' Kata-kata itu dengan spontan berdasarkan apa yang dilihat, tetapi yang anda tidak tahu, kereta itu mungkin dipinjam atau kereta pandu uji.

Jika benar, anda sudah terpedaya. Tidaklah pelik, kerana sesiapa boleh terpedaya dalam pelbagai keadaan dan bentuk, seperti terpedaya dengan janji manis si dia, terpedaya dengan keseronokan dialami, terpedaya dengan kemewahan harta benda dan segala isi dunia.


Terpedaya, (Arabnya ghurur) sebahagian daripada keja hilan. Jahil ialah tidak mengetahui langsung terhadap sesuatu atau mengetahui sesuatu, tetapi tidak menepati dengan yang sebenarnya. Terpedaya dari jenis kejahilan walaupun tidak semestinya jahil itu disebabkan terpedaya.

Jahil yang terhasil daripada suatu kepercayaan atau suatu pendapat yang disangkanya benar sedangkan pada hakikatnya salah diistilahkan sebagai terpedaya atau jahil yang terhasil daripada kekeliruan atau sangkaan yang salah dianggapnya sebagai dalil dan bukti sedangkan itu bukannya dalil dan bukti benar, adalah juga diistilahkan sebagai ghurur.

Orang yang hatinya cenderung kepada tabiat nafsu yang rendah dengan alasan dan hujah keliru dan salah adalah seorang bersifat ghurur.

Bahkan, orang yang percaya dirinya baik dan benar sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan alasan dan hujah yang salah lagi keliru adalah juga ghurur. Berapa banyak orang yang menyangka dirinya benar, tetapi hakikatnya salah!

Digambarkan al-Quran, golongan manusia yang paling rugi amalannya ialah orang yang sesat perjalanan hidupnya sedangkan mereka menyangka telah melakukan kebaikan. (Lihat surah al-Kahfi: 103-104).

Begitu juga golongan yang menghalangi jalan Allah, se dangkan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk. “Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka mereka men dapat petunjuk.” (al-Zukhruf: 37)

Malah, ada golongan yang menjadikan syaitan itu pembela dan pembantunya sedangkan mereka menyangkakan dirinya benar dan mendapat petunjuk. “Sebahagian (dari umat manusia) diberi petunjuk oleh Allah; dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan, sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin selain Allah. Dan mereka menyangka bahawa mereka men dapat petunjuk hidayah.” (al-A'raf:30)

Terpedaya adalah sifat iblis yang dilaknat dan dibuang dari rahmat Allah kerana antaranya disebabkan sifat terbabit. Iblis terpedaya dengan sangkaannya dirinya lebih baik daripada Adam dengan alasan dan hujah yang disangkanya benar, tetapi sebenarnya salah dan mengelirukan.

Orang dikuasai sifat terbabit akan dikuasai sifat itu terus menerus dalam sangkaan yang diyakininya benar sehingga merasakan tidak perlu kepada nasihat atau teguran orang lain. Dengan sangkaan itu ia kehilangan kedua-dua, dunianya tidak ke mana, manakala akhiratnya jauh sekali.

Sifat ini boleh dibahagi kepada dua kategori, membabitkan orang kafir dan orang beriman yang derhaka. Orang kafir terpedaya dengan kepercayaan yang disangkanya benar se dangkan pada hakikatnya ia sesat lagi menyesatkan.

Orang beriman pula sepatutnya tidak terpedaya seba gaimana orang kafir sehingga apabila mendapat setitis ke seronokan, sudah mula lupa diri.

“Hai manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, sampai memperdayakan kamu tentang Allah.” (Fatir:5)

Imam al-Ghazali ada mengemukakan contoh dalam pel bagai golongan:

1. Terpedaya pelaku maksiat

Orang yang (gemar) me lakukan maksiat dan kefasikan, kehidupannya menguta makan dunia daripada akhirat, sedangkan pada hakikat sebenar nilai keseronokan dunia terlalu kecil dan lebih kepada suatu penipuan jika dibandingkan dengan akhirat dan ke bahagiaannya.

Ini tidak sama sekali bererti Islam melarang orang beriman daripada menjalankan kegiatan dunia seperti dilakukan orang kafir dalam pelbagai bidang kehidupan dan ekonomi. Cuma Islam memberikan ingatan supaya sentiasa berhati-hati dan sedar matlamat sebenar daripada aktiviti kehidupan, supaya tidak terpedaya, sehingga mengutamakan kehidupan dan keseronokan dunia semata-mata.



2. Terpedaya ahli ilmu

Sifat ini boleh juga menyerang orang berilmu yang ahli lagi pakar dalam pelbagai bidang ilmu syariat. Mereka terpedaya dengan ilmu dan kepakarannya, menyangka ilmunya membuatkan dia mendapat tempat di sisi Allah, menyangka terselamat dari azab, sekalipun tidak beramal dan tidak menjaga anggota daripada maksiat. Orang yang mempunyai ilmu, tetapi tidak memperaktikkan ilmunya lagi bahaya.

Walaupun sifat ini boleh terkena pada sesiapa, tidak mengira orang kafir atau beriman, berilmu pengetahuan, bijak pandai atau si jahil yang tidak tahu apa-apa, ia boleh dihindari, apabila seseorang manusia itu mengambil sikap berhati-hati dan mempunyai pengetahuan yang secukupnya.

Malah, dengan mengenal diri sebagai hamba kepada Tuhan, melahirkan kecintaan rabbaninya dan mengenal dunia mem buatkan seseorang tidak mudah alpa dan dikuasai dunia, malah membawanya mengenali akhirat yang membuat kannya memberikan keutamaan.

Dengan demikian, perjalanan hidup seseorang akan terarah dan tidak mudah tertewas. Tetapi, jika hati kita masih terlebih suka dan tertarik kepada keseronokan dunia berbanding keseronokan akhirat, malah hawa nafsu lebih dituruti da ripada reda Allah, apakah kita sudah boleh disifatkan terlepas dari sifat terpedaya?

Jumaat penghulu segala hari

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rekaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan

di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Tiada amalan khusus pada Rejab

MASA cepat berlalu dan Rejab, satu daripada empat bulan yang dimuliakan sudah tiba pada penghujungnya. Kemuliaan bulan kelima dalam kalendar hijriyyah ini jelas diperakui melalui firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang ditetapkan) dalam Kitab Allah ketika Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.


“Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan pe rangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa.” (at-Taubah: 36)

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran ‘maka janganlah kamu menganiaya diri kamu’ dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan berkenaan halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun, sabda Nabi s.a.w ini mem perincikan lagi mengenai nama bulan terbabit.

“Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Ternyata Rejab termasuk dalam beberapa bulan yang di muliakan Allah. Lantaran itu tersebar dalam masyarakat, amalan memiliki fadilat yang besar dikhaskan sempena bulan terbabit, namun tiada dalil yang sahih menunjukkan adanya ibadat khusus tertentu pada Rejab.

Ini ditegaskan tokoh ulama hadis bermazhab Syafie, Al-Ha fidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab, yang menurut beliau tiada hadis sahih mengenai keutamaan Rejab (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa Rejab dan solat malam yang dapat dijadikan pegangan.

Setiap kali apabila munculnya tarikh 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia akan rancak membincangkan peristiwa Israk dan Mikraj.

Justeru, pelbagai program keagamaan diatur untuk me muliakan peristiwa bersejarah itu. Ini usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam kepada peristiwa ber sejarah yang di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran.

Rata-rata umat Islam di Malaysia yakin peristiwa Israk dan Mikraj memang benar-benar berlaku pada 27 Rejab se olah-olah ia disepakati ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hakikat yang sebenar adalah wujudnya perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh terjadinya peristiwa terbabit.

Hal ini diperjelaskan al-Hafidz Ibu Hajar al-'Asqalani r.h: “Ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada mengatakan sebelum baginda dilantik menjadi nabi. Pendapat ini ganjil (syaz) kecuali dianggap terjadi dalam mimpi.

Kebanyakan ulama berpendapat selepas baginda menjadi nabi. Mereka juga berselisih mengenai tarikh sebenar per istiwa itu.

Antara mereka ada yang menyatakan peristiwa terbabit berlaku setahun sebelum hijrah. Ini pendapat Ibn Sa'd dan yang lainnya dianggap benar oleh Imam al-Nawawi dan Ibn Hazm.

Bahkan, Ibn Hazm berlebihan dengan menukil kononnya ulama berijmak, peristiwa itu terjadi pada bulan Rabiulawal. Dakwaan ijmak ini tertolak kerana terdapat perselisihan yang banyak, iaitu lebih dari sepuluh pendapat. – Rujuk Kitab Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, jilid. 7, ms. 203.

Dari sini, benarlah dakwaan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah r.h, tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj.

Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie r.h menegaskan: “Sebahagian ahli cerita menyebut Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ahli al-Jarh wa al-Ta’dil (ulama hadis) hal itu adalah pembohongan. – Rujuk Kitab al-Ba’its karya Abu Syamah Abdul Rahman bin Ismail, ms. 171.

Ibn Rajab al-Hanbali r.h pula berkata: “Diriwayatkan, pada Rejab terjadi banyak peristiwa istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi nabi pada tarikh 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih. – Rujuk Kitab Latoif al-Ma’aa-if karangan Ibn Rajab Abdul Rahman bin Ahmad, ms. 168.

Apa kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat mengenai tarikh peristiwa Israk dan Mikraj? Hendaklah kita fahami, apabila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj tidak diketahui secara jelas oleh generasi salafussoleh, ini menunjukkan mereka tidak mengkhususkan apa-apa upacara sambutan atau amal ibadat tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa yang khusus sempena tarikh terbabit.

Ada golongan yang lebih ekstrem beranggapan beribadat pada malam 27 Rejab adalah lebih utama berbanding ibadat pada Malam al-Qadar.

Sekiranya terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti bila sebenarnya ia berlaku sebagaimana amalan sunnah lain yang ditentukan waktu amalannya seperti puasa ‘asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharram, puasa pada Ayyam al-Bidh, beribadat pada malam al-Qadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan dan lain-lain lagi.

Ini semua hanya memperlihatkan tidak terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Sekiranya mem peringati malam Israk dan Mikraj dengan ibadat tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama yang akan melaksa nakannya adalah Rasulullah s.a.w, sahabat serta generasi salafussoleh yang lain.

Tetapi tidak ada satu riwayat yang sahih daripada baginda, sahabat serta generasi salafussoleh termasuk imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad mengenai wujudnya amal ibadat tertentu sempena malam Israk dan Mikraj.

Aug 1, 2008

Jadikan Anak SAHABAT KARIB

Jadi kawan bukan lawan

Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab sehingga membuatkan mereka bertindak melarikan diri. Sebaliknya, jadikan anak-anak remaja bermasalah sebagai teman baik ibu bapa.

IBU BAPA perlu mendidik anak-anak mereka dengan pendekatan yang berterusan.

DIDIKAN dan kasih sayang sewaktu si anak berada di bawah jagaan ibu bapa masih bukan jaminan untuk mengelakkan mereka daripada terlibat ke kancah hitam atau dalam erti kata lain, kecundang dalam hidup.

Jika 20 atau 30 tahun lalu isu remaja lari dari rumah, berzina, merokok, sering menggunakan kata-kata kesat, terjebak dalam kes jenayah dan menyertai kumpulan muzik black metal, adalah sesuatu yang pelik dan memeranjatkan. Kini ia bukan lagi satu perkara yang luar biasa.

Jika dilihat masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja hari ini, statistiknya semakin meningkat.

Bagi golongan remaja pula, aktiviti yang dilakukan bukan dianggap satu kesalahan besar, tetapi dijadikan satu arena bagi mempamerkan kekuatan dan keberanian sesama sendiri.

Persoalannya, walaupun telah banyak kempen atau aktiviti kesedaran melibatkan ibu bapa, guru-guru dan remaja dijalankan, tetapi masalah sosial ini masih berada ditakuk yang sama. Tidak pernah surut dan kurang.

Apakah langkah terbaik yang perlu diambil oleh ibu bapa dalam menangani masalah ini? Sedangkan sudah banyak perkara yang telah dibentangkan dalam forum umum atau ceramah bulanan.

Jika dilihat, ibu bapalah pasangan pertama yang akan dipersalahkan oleh masyarakat apabila anak-anak mereka terjerumus dalam aktiviti yang tidak bermoral.

Pelbagai tuduhan negatif turut dilemparkan kepada ibu bapa seperti tidak pandai menjaga atau mengasuh anak-anak sehingga menjadi penyebab utama anak-anak terjerumus ke kancah sosial.

Mengapa hanya ibu bapa yang harus dipersalahkan, sedangkan semua perkara yang dituntut seperti mendidik, mengasuh dan mencurahkan kasih sayang telah diberikan dengan secukupnya dan apa lagi yang tidak cukup, kerana semuanya telah diberikan sejak dahulu lagi?

Begitulah luahan ibu bapa yang seringkali kita dengari apabila disentuh mengenai tanggungjawab yang diberikan kepada anak-anak.


Menurut guru kaunseling Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH), Roslailawati Mohamed, didikan dan kasih sayang sewaktu anak-anak berada di peringkat persekolahan sahaja tidak cukup untuk membentuk keperibadian yang mulia dan cemerlang si anak.

“Sebaiknya, ibu bapa seharusnya mendidik mereka lebih kepada pendekatan secara berterusan. Bukan pada peringkat persekolahan sahaja tetapi sewaktu berada di alam remaja.

“Cara didikan yang sempurna adalah dengan balik semula ke peringkat asas pendidikan. Contohnya, cara mendisiplinkan diri anak-anak dan remaja mengikut tuntutan agama.

“Selain ilmu agama, ibu bapa juga harus berperanan melengkapkan anak-anak dengan kekuatan spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini,” jelasnya kepada Kosmo!, baru-baru ini.

Terdapat dua jenis kekuatan disiplin. Antaranya disiplin secara tidak sedar (formal) dan harian (in formal).

ANAK-ANAK harus dididik dengan nilai-nilai moral.

Didikan secara tidak sedar adalah dengan merangsang minda dan nurani bersama ayat-ayat suci al-Quran. Ia bukan sahaja perlu dipelajari ketika usia anak-anak itu masih kecil, tetapi perlu diteruskan sehingga ke alam dewasa.

“Dengan pendidikan berteraskan kitab suci al-Quran, seseorang remaja dapat mendisiplinkan dirinya sendiri ke arah kehidupan yang lebih cemerlang.

“Selain daripada itu, ibu bapa perlu kongsi pengalaman membaca al-Quran bersama mereka. Ini kerana, pelajar bermasalah sememangnya memerlukan pemerhatian yang secukupnya. Lantas, dengan ilmu agama yang diperoleh, mereka dapat membentuk peribadi dan sahsiah diri yang tinggi.

“Yang penting, jadikan anak remaja sebagai rakan baik anda dan bukannya lawan,” tegasnya ketika mengulaskan tentang cara didikan yang sempurna terhadap remaja yang bermasalah.

Sebagai tambahan kata Laila, amalkan perbincangan yang sihat dan lakukan jadual aktiviti harian yang perlu dilakukan bagi mendidik kecemerlangan masa depan anak-anak.

“Mereka boleh mengikut segala nasihat dan tunjuk ajar ibu bapa sekiranya diberi perhatian dengan cara yang betul. Jangan terlalu memaksa, mengongkong atau bertindak dalam bentuk kekerasan.

“Di samping itu, remaja juga memerlukan perhatian secara peribadi. Berbanding adik-beradiknya yang lain, ibu bapa seharusnya menitikberatkan segala tingkah laku dan sikap yang dipamerkan.

“Selain itu juga, jadilah seorang kaunselor yang profesional tanpa berlakunya sebarang pertikaman lidah. Amalkan komunikasi dua hala dalam kehidupan harian seorang remaja bagi menyelesaikan sesuatu perkara serta bertindak dengan lebih awal sebelum mereka melakukan sesuatu,” katanya Laila.

JADIKAN anak remaja sebagai rakan baik dan berkongsi masalah yang dihadapi.

Tambahnya lagi, membentuk didikan yang sempurna tidak perlu diberikan dengan cara kemewahan, tetapi kesederhanaan menjamin masa depan seorang remaja yang cemerlang.

Peranan keluarga dalam mendidik anak remaja bermasalah:

lJadi contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani. Elakkan pertengkaran dengan menggunakan kata-kata kesat di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati.

lFahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Pelbagai masalah remaja banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan psikologi. Justeru itu, adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu.

Bicara Seks Dengan Anak

Bicara seks bukan kotor

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

IBU memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat mengenai seks kepada anak-anak. - Gambar hiasan

APABILA membicarakan soal seks secara terbuka, pasti masyarakat menolaknya. Seks dianggap sebagai satu topik memalukan serta tidak manis untuk diperkatakan terutamanya di hadapan anak-anak.

Ibu bapa khususnya masih lagi mempunyai perasaan segan dan tidak terbuka untuk membincangkan perkara ini walaupun hakikatnya pendidikan seks seawal usia harus diterapkan bagi mengelak berlakunya masalah sosial seperti yang dapat dilihat sekarang.

Mungkin ia berlaku kerana terikut dengan budaya dan adat ketimuran yang mana dalam sesebuah keluarga, tajuk perbincangan seperti seks dianggap tabu atau tidak boleh disebut langsung.

Ini secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak kurang pengetahuan tentang apa yang dimaksudkan dengan perhubungan seks antara lelaki dan wanita.

Lebih menyedihkan apabila terdapat banyak kes pembuangan bayi disebabkan seseorang remaja hamil akibat melakukan hubungan seks sebelum berkahwin. Lebih malang, ada remaja menggugurkan kandungan atau membuang bayi yang baru dilahirkan.

BUANGKAN perasaan malu untuk berbincang mengenai seks dengan anak-anak. – Gambar hiasan

Justeru, penerapan terhadap didikan seks pada awal usia mampu memelihara anak-anak daripada cuba melakukan perkara tersebut sekali gus menghindari penyakit kelamin seperti siflis, AIDS dan hepatitis, kata Pakar Psikologi Klinikal, Leong Huey Mei dalam satu bengkel bertajuk Talking about Taboo Topics.

“Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan paling penting dalam menyediakan pengetahuan mengenai seks dan kaedah perancangan keluarga untuk anak-anak.

“Perkara paling sukar dalam memperkatakan topik mengenai seks dengan anak-anak ialah bagaimana untuk memulakan perbincangan tersebut. Tetapi sebagai ibu yang bertanggungjawab, ia adalah satu perkara yang wajib dilakukan.

“Memang kebiasaannya, si ibu pasti berasa segan pada mulanya, namun mereka harus memberanikan diri dan membuang perasaan malu demi kebaikan serta masa depan anak-anak. Jika perlu, selitkan gurauan bersahaja untuk mengatasi rasa segan itu,” kata Huey Mei yang telah banyak mengendalikan kes-kes sedemikian.

BARISAN penceramah, (dari kanan), Leong Huey Mei, Fatimah Abu Bakar, Dr. Ho Choon Moy, Lavin Seow dan Daphne Iking.

Tambah Huey Mei lagi, jika ibu bapa memilih untuk mendiamkan diri apabila anak-anak bertanya mengenai topik berkenaan, ia boleh memudaratkan keadaan kerana maklumat yang dikumpul sendiri oleh mereka tidak semestinya tepat dan boleh dipercayai.

“Malah, pelbagai kajian telah membuktikan bahawa gadis remaja yang mendapat pendidikan seks pada awal usia daripada ibu mereka, kebarangkalian mereka menangguhkan hubungan seks di luar perkahwinan adalah lebih tinggi,” ujarnya pada majlis anjuran Bayer Schering Pharma ini.

Sementara itu, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr. Ho Choon Moy, berkata, selain memperkatakan tentang seks, ibu juga harus menekankan topik mengenai kaedah perancangan keluarga yang efektif.

“Memberi maklumat yang tepat dan benar mengenai seks dan juga kaedah perancangan keluarga yang berkesan adalah satu-satunya cara membantu anak-anak muda menghindari perilaku seks yang boleh memudaratkan diri,” jelas Choon Moy yang juga merupakan Pakar Kesihatan Wanita.


Turut berkongsi pengalaman dalam bengkel tersebut adalah ibu kepada pelakon popular, Sharifah Aleya dan Sharifah Amani, Fatimah Abu Bakar; pengacara My Australian Adventure dan My Star LG, Daphne Iking serta pemenang Miss Malaysia, Lavin Seow.

Fatimah, ibu kepada empat anak perempuan, mengakui bahawa pada awalnya dia sendiri malu untuk berbincang mengenai topik seks dengan anak-anaknya. Namun, atas rasa tanggungjawab, dia sedia menghadapinya untuk kebaikan anak-anak sendiri.

“Waktu kecil dahulu, ibu jarang memperkatakan soal ini secara terbuka kepada saya dan adik-beradik lain. Oleh itu, perasaan malu itu memang wujud. Tetapi menyedari betapa pentingnya pendidikan seks diajar kepada anak-anak, saya akur dan mula membuka minda untuk berbincang,” jelas Fatimah yang juga bekas tenaga pengajar rancangan realiti televisyen popular, Akademi Fantasia (AF).

Bagi salah seorang ibu yang menghadiri bengkel ini, Emy Hartini Abdul Hamid, 43, dia sudah mula faham bahawa pendidikan seks sebenarnya bukan satu perkara yang kotor untuk diperkatakan. Sebaliknya, ia adalah satu bentuk maklumat yang harus dibekalkan pada anak-anak demi menjamin masa depan mereka.

“Saya mempunyai seorang anak perempuan yang semakin meningkat remaja berusia 15 tahun dan dua anak lelaki berusia lima serta empat tahun. Setelah mengikuti bengkel ini, saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ibu begitu besar.

“Saya harus menyiapkan diri dengan segala ilmu untuk membincangkan perkara ini dengan mereka seperti cara berkomunikasi, kaedah penceritaan dan banyak lagi. Apa yang penting adalah saya tidak mahu mereka terjerumus ke arah masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang seperti seks bebas, hamil luar nikah, menghidap penyakit kelamin dan sebagainya,” kata Emy.

Kesimpulannya, apa yang ditekankan menerusi bengkel ini ialah ibu bapa tidak harus memandang ringan mengenai isu pendidikan seks pada awal usia kerana banyak manfaat yang diperoleh berbanding keburukan jika anak-anak mengetahuinya.