Pada suatu hari, datang seorang lelaki datang menjumpai ulama zuhud yang bernama Abu Nasr Bisyir bin al-Harits al-Hafi (150H-227H) untuk meminta nasihat. ”Wahai Bisyir,” kata lelaki itu, ”aku mempunyai dua ribu dirham yang diperolehi dengan cara yang halal. Dengan duit ini aku ingin pergi menunaikan haji. Apa pandanganmu?”
Jawab Bisyir,” Jika engkau benar2 ingin menggembirakan Allah, maka pergilah! Tetapi jangan lupa, bayarkan duit itu kepada anak yatim atau orang miskin. Menggembirakan manusia lain dengan pemberianmu itu akan lebih menyenangkan Allah daripada engkau melakukan ibadah seribu kali,”.
”Tetapi aku ingin menunaikan ibadah haji terlebih dulu,” balas lelaki tersebut , cuba mematahkan nasihat Bisyir.
” Kalau demikian, bererti engkau memperoleh wang itu dengan cara yang tidak baik,” tegas Bisyir. ”Aku tahu, engkau tidak akan tenang sebelum engkau menghabiskan duit tersebut!” sambung Bisyir. – m
No comments:
Post a Comment